Puad ‘sound’ Rafizi jangan lebih-lebih, takut berakhir di penjara

June 30, 2025 · Politik

Tindakan agresif dan kritikan pedas Rafizi Ramli terhadap kerajaan yang pernah diterajuinya sebelum ini ditegur Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi.

Pemimpin UMNO itu menegur bekas Timbalan Presiden PKR itu agar tidak berlebihan dalam mengkritik kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ujarnya, dibimbangi nasib Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berakhir di penjara.

Nasihat itu diberikan dalam hantaran terbaharu beliau di Facebook hari ini yang menyentuh mengenai pengakhiran politik Rafizi selepas beliau tewas dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Ujarnya, beliau sebelum ini pernah mencadangkan supaya Rafizi bergabung di bawah pakatan baharu politik bersama-sama beberapa figura politik tersohor seperti Khairy Jamaluddin; Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Wan Saiful Wan Jan.

Namun cadangan itu nampaknya sukar dilaksanakan kerana akan menimbulkan isu seperti yang akan menjadi Presiden dan siapa yang akan mengalah.

“Nasihat saya kepada Rafizi People who live in glass houses shouldn’t throw stones. (Jangan baling batu jika tinggal dalam rumah kaca).”

“Takut berakhir dalam penjara. Bakar menteri sudah, berhenti menteri pun sudah. Jangan bakar lebih lebih. Kes boleh dicari,” katanya.

Pada pemilihan PKR hujung bulan lalu, Rafizi gagal mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandangnya selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar.

Keputusan itu kemudiannya menyaksikan Rafizi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Sejak tidak lagi menjadi Timbalan Presiden PKR dan menteri, Rafizi semakin lantang dalam membuat kenyataan yang dilihat tidak sealiran dengan Kerajaan Madani dan PKR khususnya menerusi platform audio siar (podcast) beliau, Yang Bakar Menteri.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
10 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
10 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
18 jam lalu· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
10 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
10 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
10 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
17 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok