Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM

September 13, 2026 · Politik

Gesaan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal didakwa berkait dengan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO ketika ini melihat kedudukan parti itu berada pada tahap kukuh dan merasakan ia masa terbaik untuk menghadapi pilihan raya.

“Pada saya, ini semua kerana UMNO merasakan mereka sudah berada di puncak kekuatan dan yakin boleh membentuk kerajaan sendiri.

“Persefahaman antara UMNO dan Pas juga tidak lagi boleh dilambatkan. Sebab itu mereka mahu pilihan raya disegerakan. Saya yakin Zahid pun tidak sabar untuk jadi Perdana Menteri,” katanya selepas menghadiri Program Penerangan RCI Tabung Haji di Hotel Amerin, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Amanah, Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat.

Sebelum ini, Zahid dalam ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 menegaskan hasrat parti itu supaya PRU-16 disegerakan bagi mendapatkan semula mandat rakyat untuk menerajui negara.

Zahid turut menyifatkan PRU-16 sebagai titik penentuan bagi UMNO untuk kembali memimpin negara dan tidak sekadar menjadi pelengkap dalam kerajaan.

Mengulas perkembangan politik dalam UMNO, Puad turut mendakwa wujud perbezaan pendekatan antara Zahid dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan ketika PAU 2026.

Menurutnya, Mohamad dilihat mengambil pendekatan lebih berhati-hati dengan mengingatkan anggota parti supaya tidak terlalu bergantung kepada kerjasama politik dalam kerajaan Perpaduan.

“Presiden pula seolah-olah tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Sebab itu dia mahu pilihan raya dipercepatkan.

“Dia juga sebut dengan jelas mengenai biru campur hijau. Pilih biru pekat, jangan pilih biru cair yang saya faham ialah PKR. Jadi seolah-olah sudah berterus terang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Puad berkata beliau masih belum menyertai mana-mana parti politik walaupun hadir dalam program anjuran Amanah.

“Saya lebih suka dengan keadaan saya sekarang, iaitu tidak berparti. Apa yang penting, saya masih boleh memberikan pandangan dan kritikan,” katanya.

Puad berkata beliau juga masih aktif menulis di Facebook dan secara terbuka mengkritik UMNO.

Perkembangan itu berlaku ketika hubungan politik antara parti dalam kerajaan Perpaduan terus menjadi perhatian menjelang PRU-16, terutama berkaitan kemungkinan jajaran baharu antara UMNO, Pakatan Harapan dan parti lain.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
8 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: RM510 bilion untuk rakyat dan masa depan ekonomi
17 jam lalu· Isu semasa
Duti hiburan dikecualikan, tiket filem tempatan dijangka murah: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
13 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok