Rafizi kini ‘terima balasan’ jadi dalang Langkah Kajang: Faekah

April 2, 2026 · Politik

Bekas setiausaha politik Allahyarham Khalid Ibrahim, Faekah Husin mendakwa Rafizi Ramli kini berdepan “kifarah” susulan peranannya dalam Langkah Kajang yang mencetuskan krisis politik Selangor lebih sedekad lalu.

Menurut Faekah, walaupun Rafizi tidak mengakui kesilapan, situasi yang dihadapinya kini dilihat seakan mengulangi nasib yang pernah dialami Khalid apabila diketepikan parti pada 2014.

“Langkah Kajang memang jijik tetapi ia tidak akan berlaku tanpa restu pucuk pimpinan, lebih-lebih lagi jika kepimpinan bersikap adil dan jujur,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, peristiwa itu telah mengubah persepsinya terhadap Rafizi dan menjadi titik hitam dalam sejarah PKR.

“Sejujurnya, selepas Langkah Kajang, saya tidak lagi meletakkan harapan tinggi kepada beliau. Ia merupakan permulaan kepada pengkhianatan terhadap prinsip keadilan yang diperjuangkan sejak penubuhan parti pada 1999,” katanya.

Langkah Kajang merujuk kepada strategi politik pada 2014 yang bertujuan menukar Menteri Besar Selangor ketika itu, Khalid Ibrahim, melalui pilihan raya kecil di Kajang.

Krisis tersebut membawa kepada pemecatan Khalid daripada PKR pada 9 Ogos 2014 selepas beliau enggan meletak jawatan, sekali gus menjadikannya wakil rakyat bebas buat sementara waktu.

Faekah turut mendakwa campur tangan dalam politik dalaman parti bukan perkara baharu, dengan mendakwa Khalid pernah ditekan supaya tidak bertanding jawatan timbalan presiden pada 2010 bagi memberi laluan kepada calon lain.

“Saya sebut perkara ini untuk menunjukkan percaturan seperti ini memang wujud dan diamalkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan Khalid masih mampu mempertahankan rekod pentadbirannya ketika memimpin Selangor, berbanding Rafizi yang didakwa belum menunjukkan pencapaian besar.

“Kedudukan Rafizi kini bergantung kepada langkah seterusnya, sama ada beliau akan berkompromi atau terus berpegang kepada prinsipnya,” katanya.

Faekah menegaskan mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap perkembangan seterusnya, sambil menyifatkan situasi politik semasa sebagai sesuatu yang tidak menentu.

Berita berkaitan
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
19 jam lalu· Politik
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
NGO buat laporan SPRM berhubung transaksi RM500 ribu bekas menteri
April 10, 2026· Politik
Anwar tak layan cabaran Rafizi, fokus tangani isu rakyat
April 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026 · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok