Rakyat Johor perlu tolak Parti Kancil bawa politik dendam: AMK

June 7, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa pengundi Johor supaya tidak memberi ruang kepada Parti Kancil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang kerana mendakwa parti itu hanya membawa politik fitnah dan perpecahan.

Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata rakyat Johor perlu menjadi benteng pertama bagi menghalang pengaruh parti baharu itu daripada berkembang ke negeri-negeri lain menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Parti Kancil pastinya membawa naratif yang sama, sarat dengan fitnah dan adu domba semata-mata demi kepentingan politik dendam peribadi.

“Justeru, rakyat Johor yang rasional tidak akan mengundi Parti Kancil kerana tahu ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan kesenangan kepada rakyat Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengesahkan Parti Bersama akan menyertai PRN Johor serta memulakan siri jelajah politik dikenali sebagai “Jelajah Kancil” ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Parti Bersama ditubuhkan selepas kedua-dua pemimpin berkenaan meninggalkan PKR berikutan perbezaan pendirian politik dan hala tuju parti.

Kehadiran parti baharu itu dijangka menambah saingan dalam landskap politik negara menjelang pilihan raya akan datang.

Menurut pemerhati politik, Parti Bersama dijangka memberi tumpuan kepada beberapa kawasan yang mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin PKR di Johor.

Tiga Ahli Parlimen yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan parti itu ialah Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.

Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disebut-sebut berpotensi menjadi sasaran Parti Bersama ialah Stulang dan Larkin di Johor Bahru.

Stulang mempunyai komposisi pengundi majoriti bukan Melayu, manakala Larkin yang sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Puteri dianggap sebagai antara kubu tradisi UMNO.

Selain itu, beberapa lagi kerusi yang dikatakan berada dalam radar parti berkenaan termasuk Tangkak di Ledang, Buloh Kasap dan Jementah di Segamat, Bukit Batu di Kulai, Layang-Layang di Simpang Renggam serta Kempas di Pulai.

PRN Johor dijangka menjadi medan ujian penting buat Parti Bersama untuk mengukur tahap sokongan rakyat terhadap platform politik baharunya, selain menjadi petunjuk awal kepada kekuatan parti itu sebelum menghadapi pilihan raya di peringkat nasional.

Berita berkaitan
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
8 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
9 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
4 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
9 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok