Rasuah dalam TH tidak wajar dilindungi dan perlu disiasat, PMX bidas Hadi

August 21, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan isu rasuah dan penyelewengan dalam Lembaga Tabung Haji (TH) tidak wajar dilindungi atau dijadikan isu kaum dan agama, sebaliknya perlu disiasat secara terbuka demi memastikan amanah umat Islam terus terpelihara.

Anwar berkata siasatan terhadap TH dibuat kerana institusi itu berada di bawah kerajaan serta mempunyai perkara yang memerlukan penelitian pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakan membanteras rasuah tidak seharusnya dilihat sebagai usaha menyasarkan mana-mana kelompok, termasuk orang Melayu dan Islam.

“Malah kalau tanya saya, orang Islam, orang Melayu patut lebih bersungguh-sungguh, lebih teliti dalam soal pengurusan, akhlak dan nilai kerana kita patut jadi contoh,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pengurus Felda di Bangi, hari ini.

Anwar berkata usaha membanteras rasuah perlu bermula dengan menunjukkan teladan yang baik, termasuk dalam pengurusan institusi Islam.

“Dalam dakwah ini, dakwah bilhal (melalui teladan). Dakwah paling berkesan ini dakwah contoh,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakan penguatkuasaan tidak boleh dihentikan hanya kerana sesuatu institusi mempunyai kaitan dengan agama.

“Kita mesti memerangi dadah, tapi dadah banyak dalam kalangan kita. Kita mesti lawan rasuah, tapi yang pelahap rasuah pun ramai dalam kalangan kita. Jadi, itu bukan contoh,” katanya.

Anwar berkata individu yang disiasat tidak dipilih berdasarkan parti politik, agama atau kaum, sebaliknya kerana tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

“Saya tak tahu siapa yang salah atau tidak. Siasatlah. Kalau salah, salah. Saya tak kira parti mana.

“Ia kerana tanggungjawab yang diberikan dan dia khianati amanah,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang sebelum ini mengkritik cara isu salah laku di TH dibangkitkan.

Hadi dalam kenyataan panjangnya mendakwa isu berkaitan TH diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mencemarkan imej umat Melayu-Islam.

Anwar bagaimanapun berkata masalah rasuah perlu ditangani tanpa mengira identiti institusi atau individu terbabit.

“Ini bila ada masalah kes rasuah, tak bolehlah sebab ini badan Islam. Jangan kita hebahkan, malu kita.

“Tak betul. Kita harus jadi contoh. Kalau dah berlaku, kita jadi contoh bahawa kita mahu bersihkan. Orang boleh terima,” katanya.

TH merupakan institusi penting umat Islam di Malaysia, khususnya dalam urusan simpanan dan pengurusan perjalanan haji.

Sebarang dakwaan berkaitan salah guna amanah dalam institusi itu mendapat perhatian kerana melibatkan kepentingan serta kepercayaan jutaan pendeposit.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
7 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
7 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
10 jam lalu· Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
10 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
10 jam lalu · Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026 · Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026 · Politik
FELDA rugi RM2.3 bilion, pelaburan di Indonesia semasa era BN 2016 dipersoal: Radzi Jidin
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok