Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh mendakwa kes rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sekiranya mempunyai bukti yang kukuh di mahkamah.
Kenyataan ini dibuat sebagai jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee (PN), berkenaan dakwaan rasuah lesen melombong di Sabah yang hanya melibatkan dua daripada lapan ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dikaitkan dalam skandal tersebut.
Kes ini mula mendapat perhatian umum selepas pendedahan oleh ahli perniagaan Albert Tei yang kemudiannya bertindak sebagai pemberi maklumat.
Tei sendiri telah didakwa pada 30 Jun lalu di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 atas dua pertuduhan memberi rasuah.
Dua ADUN GRS yang didakwa ialah Andi Suryady Bandy (Penolong Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah) dan Yusof Yacob (Adun Sindumin).
Yusof dituduh menerima RM200,000 di Hotel Hilton Kota Kinabalu pada 6 Mac 2023 sebagai suapan untuk meluluskan lesen syarikat perlombongan.
Anwar menjelaskan bahawa walaupun lapan Adun dikaitkan dalam video yang dibocorkan, SPRM hanya boleh mengambil tindakan terhadap kes yang mempunyai bukti kukuh.
“SPRM perlu pastikan kes yang dibawa ke mahkamah mempunyai asas yang kukuh dari segi fakta dan undang-undang. Rakaman video sahaja tidak mencukupi tanpa bukti penguat,” jelas Anwar.
Beliau menambah, “Saya telah bertanya kepada SPRM mengapa hanya dua yang didakwa. Jawapan mereka, hanya kes yang benar-benar kukuh dari segi undang-undang dan fakta yang boleh dibawa ke mahkamah.”
Minggu lalu, Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal dari Warisan berkata jika parti itu memerintah Sabah selepas pilihan raya negeri akan datang, lebih banyak tindakan akan diambil terhadap ADUN GRS yang terlibat dalam skandal ini.
Anwar bagaimanapun menekankan proses pendakwaan perlu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar khabar angin atau rakaman video tanpa pengesahan.
“Pengalaman saya menunjukkan bahawa dakwaan rasuah memerlukan bukti yang konkrit. SPRM hanya boleh bertindak berdasarkan bukti yang boleh dibuktikan di mahkamah,” tegasnya.
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri