Khairy Jamaluddin.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menegaskan tidak pernah meninggalkan parti itu secara sukarela, sebaliknya dipecat.
Kenyataan tegas itu merupakan jawapan balasnya kepada nasihat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin, yang menyarankan agar Khairy kekal komited sekiranya berminat untuk kembali menyertai UMNO.
Bung Moktar sebelum itu dilaporkan berkata difahamkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, telah menawarkan peluang kepada Khairy untuk kembali ke dalam parti.
Susulan itu, beliau menasihati Khairy supaya menunjukkan komitmen sekiranya mahu menyertai semula UMNO.
Namun, Khairy membetulkan naratif tersebut menerusi satu hantaran di Instagram.
“Ramai yang menghantar mesej bertanya apa yang berlaku. Beri saya sedikit masa sebelum saya sedia menjawab.”
“Sementara itu, biar saya jelaskan: ‘saya tidak pernah keluar daripada UMNO. Kamu semua yang pecat saya. Tolang jangan cuba ubah sejarah,” tambahnya lagi.
Kenyataan itu secara jelas menolak dakwaan seolah-olah beliau yang meninggalkan parti, sebaliknya menegaskan tindakan pemecatan itu datang daripada kepimpinan UMNO sendiri.
Khairy dipecat daripada parti pada Januari 2023 bersama beberapa pemimpin yang lain, selepas mereka lantang mengkritik kepimpinan parti pada ketika itu.
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
Polis buka dua siasatan kes rosak bahan kempen PRN Negeri Sembilan
PM ucap tahniah kepada Nur Jazlan dilantik semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara: Bernama
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang