Sebar berita palsu guna logo TV3, MCMC siasat seorang individu

December 30, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat penularan satu hantaran palsu di media sosial yang menyalahgunakan logo serta identiti visual Buletin TV3.

Hantaran itu mendakwa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan TikTok Malaysia, maklumat yang disahkan sebagai tidak benar dan palsu.

Menurut MCMC, siasatan awal mendapati kandungan tersebut telah diubah suai dan kenyataan itu tidak pernah dikeluarkan oleh menteri berkenaan.

Pihak Media Prima Berhad juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan keterlibatan mereka.

“Media Prima menegaskan bahawa hantaran berkenaan tidak diterbitkan oleh Buletin TV3 atau mana-mana platform berita di bawah rangkaian kami. Penyalahgunaan logo dan identiti visual ini adalah satu perbuatan sengaja untuk mengelirukan orang awam,” menurut kenyataan Media Prima yang turut disertakan dengan laporan polis.

Seorang individu yang disyaki terlibat telah memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak.

Alatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM telah disita untuk analisis forensik digital lanjut.

Siasatan ini dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda mencecah RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika berkongsi maklumat di alam siber.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengesahkan kesahihan sebarang maklumat sebelum memuat naik atau berkongsi. Penyebaran kandungan palsu bukan sahaja mengelirukan malah boleh mendatangkan tindakan undang-undang,” tegas MCMC.

Berita berkaitan
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
6 jam lalu· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
11 jam lalu· Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
3 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
6 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
9 jam lalu · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
11 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
October 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok