Sedia dibicara di mahkamah, Dr M tak mahu imuniti dalam isu Batu Puteh

July 23, 2025 · Politik

Sekiranya dibawa ke muka pengadilan, Dr Mahathir Mohamad berkata tidak akan memohon imuniti untuk menjelaskan perkara sebenar dalam isu melibatkan Pulau Batu Puteh.

Bekas perdana menteri itu menyatakan kesediaan untuk mendedahkan segala-galanya jika beliau didakwa di mahkamah berhubung isu Pulau Batu Puteh.

“Semalam di Dewan Rakyat, saya telah ‘dijatuh hukum’ sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih.

“Walaupun saya dijatuh hukum bersalah, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya.

“Yang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Anwar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri berkata selain faktor usia, kabinet juga mengambil kira status Dr Mahathir sebagai bekas perdana menteri semasa memutuskan tiada tindakan diambil ke atasnya

Anwar berkata demikian ketika menjawab Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat.

“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun.

“Apakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah.

“(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat kabinet, saya setuju tak ambil tindakan.

“Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil,” kata Anwar.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir terus bersikap sinis apabila menganggap Anwar kini memiliki kuasa yang begitu besar walaupun ia bercanggah dengan peraturan negara.

“Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut perdana menteri boleh jadi pendakwa raya atau hakim.

“Dia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti.

“Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.

“Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah,” tegasnya.

Berita berkaitan
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
1 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
6 jam lalu· Isu semasa
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
6 jam lalu· Politik
Anwar gesa belia lawan rasuah dan ketidakadilan
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
October 12, 2026 · Politik
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
6 jam lalu · Politik
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
October 10, 2026 · Politik
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
October 10, 2026 · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
October 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok