Semua banduan layak perlu diberi peluang: Mat Sabu sindir Najib

November 12, 2026 · Politik

Kemudahan tahanan rumah tidak sepatutnya menjadi keistimewaan individu tertentu, sebaliknya perlu dibuka kepada semua banduan yang memenuhi syarat tanpa mengira kedudukan atau kemampuan kewangan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan kemudahan itu perlu berlandaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan supaya tidak mewujudkan layanan dua darjat antara banduan kaya dengan mereka yang kurang berkemampuan.

“Jangan ada dua darjat hal banduan sekarang dan akan datang. Sebab kalau orang yang dimasukkan penjara itu orang kaya, dia boleh bayar denda, maka dia boleh duduk di rumah,” katanya semasa Ceramah Jelajah Harapan Melaka Rumah Kita, hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak yang mendapat perhatian meluas susulan pengampunan bersyarat diterimanya.

Mohamad berkata, isu berkenaan turut menjadi perbualan hangat masyarakat, termasuk di media sosial seperti TikTok, sekali gus memperlihatkan keprihatinan rakyat terhadap prinsip keadilan dalam sistem perundangan negara.

Menurutnya, hak setiap rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan tidak boleh ditentukan berdasarkan kekayaan atau kedudukan seseorang.

“Biarlah rakyat ada hak di bawah Perlembagaan yang sama. Itu yang saya cuba tonjolkan,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu kesesakan penjara yang memerlukan perhatian pihak berkuasa, sambil menyentuh jumlah penghuni penjara yang kini mencecah puluhan ribu orang.

Mengulas cadangan tempoh hukuman dijalani sebahagiannya di dalam penjara dan sebahagian lagi melalui tahanan rumah, Mohamad berkata perkara itu wajar diperhalusi oleh pengamal undang-undang.

“Kalau enam tahun, tiga tahun di dalam penjara, tiga tahun di luar, itu serah kepada pengamal undang-undang untuk membincangkannya.

“Kalau boleh berlaku kepada seseorang, kita harap dia dapat berlaku kepada sekalian rakyat,” katanya.

Isu tahanan rumah kembali menjadi perhatian selepas keputusan berkaitan permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah mencetuskan perbahasan mengenai kuasa pengampunan, pelaksanaan hukuman dan kesaksamaan di sisi undang-undang.

Berita berkaitan
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
November 24, 2026· Politik
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
11 jam lalu· Politik
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
11 jam lalu· Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
3 jam lalu · Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
14 jam lalu · Politik
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
November 23, 2026 · Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
November 23, 2026 · Politik
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
November 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
1 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok