Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar

September 6, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berkaitan tatakelola membabitkan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak wajar dilihat sebagai polemik politik, iri hati atau dendam.

Menurut Anwar, tindakan menyiasat sebarang dakwaan penyelewengan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan bagi memastikan pentadbiran negara berjalan mengikut undang-undang.

Beliau berkata proses siasatan, pendakwaan dan keputusan mahkamah pula dilakukan oleh institusi yang mempunyai bidang kuasa masing-masing, bukan ditentukan oleh beliau.

“Jangan politikkan (isu ini). Fikirkanlah, yang siasat bukan saya, ia adalah badan penguatkuasaan.

“Yang memutuskan untuk mendakwa itu juga adalah Peguam Negara. Mereka ada pasukan yang meneliti setiap kes, manakala yang menghukum itu pula hakim,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Beliau berkata usaha membanteras rasuah dan penyelewengan bukan sesuatu yang mudah kerana langkah penguatkuasaan sering mengundang pelbagai reaksi, termasuk tuduhan bermotifkan politik.

Menurutnya, perkara itu tidak seharusnya menghalang kerajaan daripada meneruskan usaha memperkukuh tatakelola dan membersihkan pentadbiran negara.

“Jadi tugas saya dan rakan-rakan ialah memastikan pemerintahan ikut hukum itu berjalan. Penyelewengan dan rasuah dihentikan, ia bukan momokan politik biasa,” katanya.

Anwar berkata kegagalan menangani penyelewengan akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat, khususnya golongan bawahan yang bergantung kepada keberkesanan institusi kerajaan.

“Yang akan menjadi mangsa adalah rakyat bawahan. Jadi kita harus bantu dengan bersihkan negara ini daripada segala kecurangan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya setiap tindakan penguatkuasaan tidak terus ditafsirkan sebagai usaha membalas dendam terhadap pihak tertentu.

“Kalau tidak, tiap kali ada pendakwaan ada yang akan kata ini balas dendam, ini zalim, ini hasad, ini dengki,” katanya.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu· Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
13 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok