Sidang DUN Melaka kecoh isu dakwaan hubungan sulit dengan isteri orang

December 10, 2025 · Politik

Suasana Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi tegang pada hari terakhir persidangan apabila wakil pembangkang membangkitkan dakwaan berhubung seorang ADUN kerajaan yang didakwa mempunyai hubungan dengan isteri orang, seperti yang tular di media sosial.

Isu itu dicetuskan oleh Muhammad Jailani Khamis (PN-Rembia) ketika sesi ucapan penangguhan, sekali gus mencetuskan perang mulut dalam dewan.

Beberapa ADUN kerajaan bangkit membantah, malah ada yang mencadangkan tindakan tegas diambil kerana dakwaan itu disifatkan melanggar peraturan mesyuarat.

Timbalan Speaker, Kerk Chee Yee, kemudian menguatkuasakan Peraturan Mesyuarat 20(1)(m)(1) terhadap Muhammad Jailani atas alasan membuat sangkaan jahat serta tuduhan peribadi terhadap ahli dewan lain.

Kekecohan bermula apabila beliau merujuk kepada satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang lelaki, dipercayai suami kepada wanita terbabit, yang menuduh seorang ADUN mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Exco Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh (BN-Merlimau), bangun membidas dakwaan itu dan mempersoalkan motif Muhammad Jailani.

“Sepatutnya beliau bangkitkan isu rakyat di Rembia, bukan perkara yang tidak masuk akal. Kalau nak bangkitkan isu, bawa perkara yang rakyat mahu dengar, bukan isu remeh yang menyentuh peribadi orang lain,” katanya.

Mohd Noor Helmy Abdul Halim (BN-Duyong) turut mencelah dan memaklumkan bahawa wanita yang dikaitkan dalam dakwaan itu telah membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan berkenaan, selain memaklumkan kes tersebut sedang dalam prosiding mahkamah.

“Beliau melanggar peraturan kerana membangkitkan perkara yang sedang dalam mahkamah dan membuat tuduhan tanpa asas. Kalau mahu bawa isu, pastikan ia berfakta, bukan ikut suka,” katanya.

Beberapa ADUN kerajaan lain turut menyertai perbahasan mempertahankan pendirian blok kerajaan.

Susulan itu, Chee Yee membuat keputusan menghentikan ucapan Muhammad Jailani serta-merta sebelum sidang diteruskan dengan ucapan penangguhan oleh Siti Faizah Abd Azis (BN-Sungai Rambai).

Berita berkaitan
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
11 jam lalu· Isu semasa
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
11 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
9 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
11 jam lalu · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
15 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok