Rafizi Ramli.
Satu sidang media tergempar akan diadakan Rafizi Ramli bersama beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), pagi esok.
Bekas timbalan presiden PKR itu memaklumkan sidang media itu menerusi akaun Facebooknya, namun tidak memperincikan isu yang akan dibangkitkan esok.
Katanya, sidang media berkenaan akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, jam 9 pagi.
“Sidang media ini turut akan disiarkan secara langsung di platform-platform media sosial saya,” tulisnya ringkas tanpa memberikan sebarang maklumat terperinci berhubung agenda atau matlamat sidang media tersebut diadakan.
Perkara itu membuatkan ramai pemerhati dan peminat politik tanah air berteka-teki.
Ada yang meramalkan bekas Menteri Ekonomi itu bakal keluar parti namun terdapat juga yang masih mengharapkan Rafizi kembali menyumbang tenaga secara signifikan untuk mengukuhkan PKR.
Jumaat lalu, menerusi podcast Yang Berhenti Menteri, Rafizi memberi bayangan untuk meninggalkan PKR selepas tamat penggal Parlimen ini, sekali gus tidak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya, beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada ‘budaya’ politik yang ditunjukkan parti itu semasa pemilihan pada Mei lalu.
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum