Tamatkan kontrak Azam Baki jika mahu pulih keyakinan rakyat: Rafizi

December 3, 2025 · Politik

Rafizi Ramli menggesa Pakatan Harapan (PH) mesti segera bertindak memulihkan kredibiliti memerangi rasuah selepas kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu mencadangkan langkah pertama yang perlu diambil kerajaan adalah dengan tidak memperbaharui kontrak Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini.

Rafizi berkata sudah membangkitkan isu pelantikan semula Azam Baki di Dewan Rakyat baru-baru ini, namun jawapan yang diterima kabur.

Beliau menegaskan persepsi rakyat terhadap komitmen kerajaan membasmi rasuah sangat bergantung kepada keputusan tersebut.

“Bukan untuk dua kali, bukan tiga kali, tetapi empat kali. Jika kontrak itu disambung lagi, keputusan itu akan terus mencemarkan kredibiliti PH dan PKR sebagai parti yang tegas melawan rasuah,” kata Rafizi melalui hantaran di Facebook.

Beliau menambah, dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan nama Azam, sudah tiba masanya kontrak itu tidak disambung.

“Inilah jawapan yang akan saya berikan setiap kali ditanya mengenai reaksi awal kekalahan PH di Sabah.

“Ia berkaitan usaha membina kembali kredibiliti melawan rasuah yang perlu bermula dengan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu,” ujarnya.

Rafizi bagaimanapun mengakui, desakan beliau seorang tidak akan didengari Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Lebih baik jika Nurul Izzah juga desak secara terbuka. Lebih baik lagi jika Anthony Loke dan DAP juga desak secara terbuka. Barulah kredibiliti lawan rasuah PH dan PKR dapat dibaiki sedikit demi sedikit,” katanya.

Menurutnya, kekecewaan pengundi terhadap prestasi reformasi, khususnya dalam isu rasuah, merupakan antara punca kemerosotan sokongan.

“Kelebihan utama PH dan PKR sebelum ini ialah harapan rakyat agar sistem negara bebas dari rasuah. Ini kehendak utama pengundi-pengundi PH,” jelas Rafizi.

Beliau turut membangkitkan data yang membimbangkan, termasuk penurunan peratusan pendakwaan dan sabitan bagi kes rasuah.

“Persepsi ini disahkan oleh statistik. Lebih menyedihkan, ada kes berprofil tinggi yang berakhir dengan DNAA atau dibatalkan setelah bayaran kompaun,” tambah Rafizi.

Berita berkaitan
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
1 jam lalu· Isu semasa
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
23 jam lalu· Isu semasa
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok