Armizan Mohd Ali
Ekoran kritikan keras terhadap isu rasuah membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pemimpin gabungan itu tampil membidas pengkritik mereka ekoran pertuduhan di mahkamah baru-baru ini melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka.
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali berkata, tidak wajar isu skandal rasuah di Sabah dijadikan modal politik untuk menghentam mereka walhal sebaliknya terdapat juga pemimpin politik lain yang berdepan rasuah, malahan ada kes yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).
“Ramai pemimpin, baik dalam pembangkang mahupun dalam Kerajaan Perpaduan sendiri, terlibat dalam kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Ada yang dibicarakan dan didapati tidak bersalah, ada yang disabitkan kesalahan, ada kes diklasifikasikan sebagai DNAA (pelepasan tanpa pembebasan), dan ada pula yang terheret dalam proses mahkamah bertahun-tahun dengan penangguhan yang kerap,” katanya dipetik dalam laporan portal Daily Express hari ini.
Beliau menegaskan GRS memilih untuk tidak membuat perbandingan atau kenyataan spekulatif, sama ada secara terbuka atau rasmi, sebaliknya membiarkan proses undang-undang menentukan keputusannya.
“Malah ketika ditekan, kami tetap tidak mahu membuat perbandingan, sebaliknya membiarkan proses undang-undang berjalan,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Papar itu juga mengulas berhubung kenyataan seorang pemimpin PKR Sabah baru-baru ini berhubung “dakwaan yang tidak disahkan” dalam skandal perlombongan negeri itu, yang didakwa melibatkan beberapa ADUN.
“(Komen dibuat) sehingga mereka (PKR Sabah) bersedia untuk sebarang kemungkinan,” keluh Armizan lagi.
Terdahulu, Pengerusi PKR Sabah Mustapha Sakmud melahirkan rasa terkejut dengan laporan sebuah portal mengenai video dan bukti lain yang membabitkan enam lagi ahli politik dalam skandal lesen cari gali mineral negeri itu.
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum