Tiga ditahan SPRM kes dana zakat, Ikram beri jaminan akan bekerjasama

April 22, 2026 · Isu semasa

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga individu yang dikaitkan dengan siasatan penyelewengan dana zakat bernilai ratusan juta ringgit.

Presidennya, Badlishah Sham Baharin berkata pihak organisasi memandang serius isu tersebut dan telah mengambil langkah segera merehatkan individu terlibat daripada semua jawatan.

Menurut beliau, tindakan itu penting bagi memastikan siasatan berjalan lancar dan telus.

“Ikram memandang serius perkara ini dan menegaskan bahawa integriti serta amanah merupakan asas utama dalam seluruh gerak kerja organisasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan, SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pemimpin kanan NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat kira-kira RM230 juta dalam tempoh 2018 hingga 2024.

Sumber mendakwa wang tersebut dipindahkan ke akaun syarikat untuk tujuan pelaburan dan kegunaan peribadi.

Dalam operasi berkaitan, pihak berkuasa turut menyita pelbagai aset mewah termasuk 18 kenderaan seperti Porsche dan Mercedes, selain hartanah bernilai kira-kira RM11 juta.

Sebanyak 33 akaun bank yang mengandungi sekitar RM120 juta juga telah dibekukan.

Setakat ini, identiti individu yang ditahan belum didedahkan oleh pihak berkuasa mahupun Ikram, walaupun dakwaan berhubung kes berkenaan telah lama berlegar di media sosial.

Ikram menegaskan kes tersebut melibatkan tindakan individu dan bukan keputusan organisasi secara langsung.

Badlishah berkata pihaknya menghormati sepenuhnya proses undang-undang dan tidak akan membuat sebarang spekulasi.

“Segala keputusan dan penjelasan adalah tertakluk kepada hasil siasatan pihak berkuasa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ikram memaklumkan sedang menjalankan semakan dalaman bagi memperkukuh tadbir urus organisasi, memastikan setiap urusan dilaksanakan secara telus serta selaras dengan prinsip undang-undang dan tuntutan syarak.

Berita berkaitan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
1 jam lalu· Politik
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
7 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu· Isu semasa
Seorang individu akan didakwa 158 pertuduhan esok: SPRM
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
June 16, 2026 · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
7 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh selepas isyarat positif perjanjian damai AS-Iran
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok