Tun Faisal bidas Fadhli: Jangan nilai isu politik dari tajuk berita sahaja

January 30, 2026 · Politik

Ketua Penerangan Bersatu, Faisal Ismail Aziz, menegur pemimpin PAS supaya tidak membuat kesimpulan terburu-buru dengan hanya membaca tajuk berita, susulan kritikan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, terhadap sebuah laporan media yang mengaitkan PAS dengan isu ketamakan kuasa.

Menurut Tun Faisal, tajuk berita yang tular memang bersifat sensasi, namun kandungan penuh laporan berkenaan perlu dibaca secara menyeluruh bagi mengelakkan salah faham.

“Tajuk berita memang panas, tetapi jangan sekadar baca tajuk. Dalam laporan itu ada lima bahagian.

“Bahagian pertama adalah ulasan penulis, bahagian kedua hingga keempat dipetik daripada sumber, dan bahagian kelima barulah komen saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menjelaskan pandangannya dalam laporan Berita Harian itu berkisar kepada keperluan memperbaiki struktur Perikatan Nasional (PN), yang telah dipersetujui oleh presiden PAS dan Bersatu.

Namun, katanya, terdapat perbezaan pendirian mengenai cadangan pemansuhan jawatan pengerusi PN.

Faisal turut mencadangkan agar isu-isu dalaman gabungan dibincangkan secara bersemuka melalui platform pramajlis antara presiden parti.

“Pre-council presiden-presiden adalah platform yang baik untuk bincangkan perkara yang tak jelas. Lebih baik semua presiden duduk berbincang secara baik dan harmoni,” katanya.

Laporan Berita Harian itu sebelum ini memetik sumber tidak dinamakan yang mendakwa PAS bersikap “tamak” dalam mengejar jawatan dan merasakan kedudukan mereka semakin kuat.

Dakwaan itu mencetuskan reaksi keras daripada Fadhli, yang menafikan PAS bersikap sedemikian dan mempertahankan keputusan parti menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada parti lain walaupun mempunyai jumlah kerusi Parlimen paling banyak.

Dalam perkembangan berkaitan, satu mesyuarat pramajlis PN diadakan malam tadi di kediaman Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara, melibatkan beberapa pemimpin parti komponen PN.

Namun, kehadiran pemimpin PAS tidak kelihatan dalam pertemuan tersebut.

Isu ini muncul ketika PN berdepan cabaran untuk mengekalkan kesepaduan dalaman, dengan perbincangan mengenai struktur dan pembahagian peranan terus menjadi perhatian menjelang landskap politik yang semakin dinamik.

Berita berkaitan
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu· Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
13 jam lalu· Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
June 12, 2026· Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
June 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu · Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
13 jam lalu · Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu · Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok