Tun Faisal bidas Ronald tak layak tentukan siapa Ketua Pembangkang

March 2, 2026 · Politik

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan bukan tanggungjawab Ronald Kiandee untuk menentukan siapa yang memegang jawatan Ketua Pembangkang.

Tun Faisal mempersoalkan tindakan bekas Naib Presiden Bersatu berkenaan yang mengumpulkan sokongan 12 Ahli Parlimen bagi mengekalkan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang.

“Beliau dan Ahli-ahli Parlimen terbabit masih terikat dengan keputusan dasar parti serta Perikatan Nasional. Bukan tugas beliau menentukan kedudukan ketua pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kontroversi itu timbul susulan sepucuk surat bertarikh 24 Februari 2026 yang dikatakan dihantar Ronald kepada Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan.

Surat tersebut menyatakan 13 Ahli Parlimen Bersatu menyokong Ahli Parlimen Larut, Hamzah untuk terus memegang jawatan ketua pembangkang.

Antara yang dilaporkan menyokong pendirian itu termasuk Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Bagaimanapun, Tun Faisal mengingatkan Hamzah telah dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.

Selain itu, Mesyuarat Majlis Presiden dan Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN pada 22 Februari memutuskan jawatan ketua pembangkang dikosongkan.

Menurutnya, keputusan itu membuka ruang kepada PAS untuk menamakan calon baharu daripada parti berkenaan.

“Keputusan dasar PN ini menyebabkan Ahli Parlimen Larut tidak lagi mempunyai locus standi untuk mewakili Bersatu atau PN. Statusnya kini adalah Ahli Parlimen Bebas,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua Ahli Parlimen Bersatu tertakluk kepada Perlembagaan parti, termasuk peruntukan yang menyatakan mana-mana wakil rakyat yang ingkar arahan Majlis Pimpinan Tertinggi boleh terhenti keahlian secara serta-merta.

“Ahli-ahli perlu patuh kepada perlembagaan dan dasar perjuangan parti. Sumpah dan baiah yang dilafazkan menuntut kesetiaan selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam,” tegasnya.

Berita berkaitan
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026· Politik
Hamzah sudah hantar surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Mahfodz
April 12, 2026· Politik
Tun Faisal sindir Hamzah: Masuk rumah orang jangan lupa diri nak halau tuan asal
April 12, 2026· Politik
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
11 jam lalu · Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
15 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
15 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok