Ucapan tular kaitkan malaikat dengan UMNO, Zahid tampil minta maaf

July 8, 2025 · Politik

Selepas tular satu video ucapan mengaitkan malaikat dengan UMNO baru-baru ini, Ahmad Zahid Hamidi tampil membuat permohonan maaf selepas kekhilafan dalam bertutur di khalayak ramai.

Presiden UMNO itu sebelum ini semasa merasmikan mesyuarat UMNO Sri Gading membuat perbandingan tekanan dihadapi beliau sewaktu memegang amanah sebagai ketua parti yang berdepan dengan pelbagai tekanan dari pihak musuh.

Jelas beliau, kenyataan itu lahir dalam suasana penuh emosi, sebagai usaha menggambarkan betapa mencabarnya ujian sebagai pemimpin.

Lantas beliau akui, perbandingan yang dibuat mencetuskan kekeliruan dan boleh disalah tafsir.

“Sebagai seorang Muslim dan pemimpin parti yang menjunjung tinggi nilai dan prinsip Islam serta tradisi keilmuan, saya dengan rendah hati memohon ampun pada Allah SWT dan meminta maaf pada semua atas kekhilafan dalam keterlanjuran lafaz kata-kata ini.

“Saya menerima setiap teguran dengan hati terbuka. Saya percaya, nilai seorang pemimpin bukan hanya terletak pada ketepatan tutur katanya, tetapi juga pada keikhlasannya untuk menginsafi, memperbaiki diri dan belajar daripada kesilapan.

“Mudah-mudahan Allah SWT membimbing setiap langkah dan tutur kita semua agar sentiasa berada dalam adab yang mulia, terpelihara akidah dan berpaut teguh pada kebenaran yang hakiki,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau petang tadi.

Terdahulu, tular ucapan Zahid di media sosial yang berkata ‘Jika Allah SWT memerintahkan malaikat menjadi Presiden ketika itu, mungkin dia pun lari malam’.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
12 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
22 jam lalu· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
22 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
12 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
12 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
12 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
12 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok