UMNO bantah sajian arak program Kementerian Pelancongan, bakal bawa ke Kabinet

October 5, 2025 · Politik

Tindakan menghidangkan minuman keras dalam sebuah majlis makan malam yang dikaitkan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mendapat bantangan keras daripada UMNO.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan menghidang arak tersebut adalah tidak wajar dan bercanggah dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Tentunya kita harus menolak dan kita mesti tidak bersetuju dengan program berkenaan,” tegas Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPM) Peringkat Negeri Johor 2025 hari ini.

“Malaysia adalah negara Islam, biarpun kita menghormati agama, budaya dan kelaziman lain-lain agama. Tetapi ini adalah merupakan acara kerajaan,” jelasnya lagi.

Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata isu ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi menyatakan pendirian parti itu secara rasmi. Beliau dengan tegas menolak sebarang cadangan yang membenarkan perkara sedemikian.

“Sebagai Presiden UMNO, kita menolak 100 peratus cadangan itu. Acara seperti ini tidak pernah diadakan dalam mana-mana program rasmi kerajaan sebelum ini dan ia perlu ditolak,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Tiong King Sing, menjelaskan majlis makan malam yang menjadi isu tersebut adalah inisiatif pihak industri dan sektor swasta, bukannya anjuran langsung Tourism Malaysia.

Beliau menegaskan Tourism Malaysia hanya menganjurkan acara Global Travel Meet, yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.

Menurut kenyataannya, pihak industri dikatakan begitu teruja dengan penganjuran acara global buat julung kali itu sehingga mereka mengambil inisiatif untuk meraikan rakan industri antarabangsa.

Isu tersebut sebelum ini dibangkitkanAhli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin itu kini dijangka akan dibincangkan pada peringkat kabinet bagi mencari penyelesaian dan garis panduan yang jelas.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
12 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
12 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
20 jam lalu· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
12 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
12 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
12 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
19 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok