Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO setakat ini belum membuat sebarang perbincangan rasmi mengenai kemungkinan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kembali menyertai semula parti itu.
Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak membincangkan atau menyentuh langsung perkara berkenaan ketika pertemuan tidak formal dengan Khairy baru-baru ini semasa majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Rozabil Abdul Rahman.
“Setakat ini (UMNO) belum lagi (buat sebarang perbincangan). Saya cuma bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan dan kita tidak bincangkan apa-apa pun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Festival Idea (FOI) Putrajaya 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Mengulas mengenai laporan media yang melaporkan berkemungkinan Khairy akan kembali diterima sebagai ahli UMNO selepas pemecatan daripada UMNO pada 27 Januari 2023, Zahid berkata tidak mempunyai sebarang bantahan mengenainya.
“Saya tak sanggah laporan media,” jelasnya.
Isu kemungkinan Khairy, atau lebih dikenali sebagai KJ, kembali ke UMNO menarik perhatian ramai memandangkan beliau merupakan antara pemimpin yang dipecat daripada parti pada awal tahun 2023 lalu.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Khairy berkenaan hasratnya untuk kembali ke parti itu.
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum