UMNO-BN mahu PRU-16 diawalkan, sudah bersiap-sedia: Zahid

September 3, 2026 · Politik

UMNO dan Barisan Nasional (BN) melihat Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) lebih baik diadakan lebih awal sebelum tempoh penggal Parlimen berakhir.

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya lebih awal membolehkan mandat membentuk kerajaan Persekutuan dikembalikan kepada rakyat.

“Pada hemat saya, kalau pilihan raya umum diadakan lebih awal, itu lebih baik. Jadi, mandat rakyat dapat kita peroleh.

“Tetapi andainya penggal ini sehingga penghujung tempoh atau jeda waktunya, kita juga bersedia menghadapinya,” katanya dipetik dalam wawancara Media Prima Berhad.

Menurutnya, UMNO dan BN perlu menggunakan tempoh yang masih berbaki untuk terus mendekati rakyat dan menangani permasalahan mereka.

Langkah itu penting bagi memastikan UMNO dan BN kekal relevan dengan perkembangan politik serta geopolitik semasa.

Tempoh penggal Parlimen ke-15 dijadual berakhir sekitar Disember tahun depan. Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan atau selepas tempoh maksimum penggal berakhir.

Ditanya mengenai kecenderungan UMNO dan BN untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid berkata keputusan akan dibuat berdasarkan pertimbangan manfaat dan mudarat.

Katanya, pendekatan sama digunakan ketika mempertimbangkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

“Kita sanggup untuk pergi solo kerana landskap politik di Johor mengkehendaki begitu, tetapi di Negeri Sembilan, kita merasakan manfaat itu lebih baik kalau kita bersama dengan mana-mana parti gabungan.

“Kita lihat apakah mudaratnya kalau kita bersama atau tidak bersama dengan parti gabungan lain,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pertimbangan politik turut mengambil kira keadaan dan keseimbangan politik di setiap negeri bagi memastikan sebarang kerjasama memberi pulangan terbaik kepada parti.

Dalam pada itu, beliau mengakui pandangan akar umbi turut menjadi pertimbangan, terutama tuntutan supaya perpaduan dalam kalangan orang Melayu diperkukuh.

“Justeru, kita menjadikan itu sebagai keutamaan untuk kita melakukan sesuatu bagi mewarnai masa depan politik kita.

“Namun, kita juga harus mengakui hakikat kemajmukan di negara kita harus dijadikan sebagai landasan untuk kita melalui liku-liku politik yang semakin kompleks untuk dekad yang mendatang,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
9 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: RM510 bilion untuk rakyat dan masa depan ekonomi
18 jam lalu· Isu semasa
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
14 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
16 jam lalu · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok