UMNO kecam Tony Pua persenda titah Sultan Selangor

May 20, 2026 · Politik

Kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, yang didakwa mempersenda titah Sultan Selangor mengundang kecaman daripada Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.

Kontroversi itu tercetus selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu, mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati semangat serta makna sebenar Rukun Negara.

Pua menerusi satu hantaran di Facebook dilaporkan menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mengehadkan kuasa Raja kepada beberapa aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan fungsi perlembagaan termasuk pelantikan Menteri Besar serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau turut dipetik berkata rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem yang membolehkan Raja mengeluarkan titah yang mengikat semua aspek kehidupan rakyat.

Dalam kenyataan sama, beliau menegaskan kesetiaan kepada Raja dan Negara perlu berasaskan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang.

Mengulas perkara itu, Asyraf menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai biadab dan melampaui batas terhadap institusi diraja.

“Konon celik Perlembagaan, tetapi dangkal adab terhadap institusi Raja. Bila titah Sultan dipersenda, itu bukan kebebasan bersuara, itu biadab,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendakwa tindakan Tony seolah-olah tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi antara tunjang utama dalam sistem pemerintahan negara.

Isu berkaitan institusi diraja dan sensitiviti kaum kembali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan beberapa kenyataan melibatkan ahli politik yang menyentuh perkara berkaitan agama, kaum dan Perlembagaan.

Dalam konteks Malaysia sebagai negara Raja Berperlembagaan, institusi Raja dilihat memainkan peranan penting sebagai simbol perpaduan dan pelindung kepada agama Islam serta hak-hak tertentu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
11 jam lalu· Politik
PRN Johor: Zuhdi kata PAS ada tiga pilihan, termasuk kembali bersama UMNO
June 22, 2026· Politik
DAP tampil calon Melayu di Tiram, Ketua DAPSY bertanding di Johor Jaya
June 20, 2026· Politik
Jamal selesai bayar kos saman kepada Kok, lelongan harta ditangguh
June 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
10 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
11 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
17 jam lalu · Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
17 jam lalu · Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok