Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.
Sejarah hitam yang berlaku sebelum ini menyebabkan UMNO Sabah kurang percaya untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Bung Moktar Radin.
Pengerusi UMNO Sabah itu berkata mereka perlu berhati-hati jika mahu meneruskan kerjasama dengan GRS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) kerana tidak mahu peristiwa lama pengkhianatan berulang.
“UMNO Sabah bukan enggan bekerjasama dengan GRS, tetapi kita melalui sejarah hitam dan pahit bersama GRS.
“Untuk bekerjasama sekali lagi, UMNO Sabah perlu berhati-hati dan kami akan menilai sejauh mana keikhlasan mereka.
“Ada pepatah orang tua dulu menyatakan jangan lagi kita dipatuk ular sama buat kali kedua. Soal kerjasama, UMNO akan pertimbangkan selepas pilihan raya nanti,” katanya dipetik laporan BH.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Kota Kinabalu, Mosliati Muslimin yang mengatakan tiada lagi ruang kerjasama politik dengan GRS atau Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Exco Wanita UMNO itu berkata, keputusan itu dibuat kerana UMNO bukan parti pelengkap yang boleh digunakan sebagai alat politik dan diperdaya dengan janji palsu oleh rakan gabungan sebelum ini.
Beliau berkata, sejarah kerjasama UMNO dengan GRS pada PRN-16 September 2020 memperlihatkan pengkhianatan terhadap parti itu selepas menyumbang kemenangan dan pembentukan kerajaan baharu negeri.
Katanya, ketika itu Bung Moktar dijanjikan portfolio Menteri Kerja Raya dalam Kabinet negeri diketuai Hajiji Noor, selaku Ketua Menteri, namun ditukar secara sepihak kepada protfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan tanpa sebarang alasan rasional.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, sebelum ini sudah beberapa kali menjelaskan pendirian beliau tidak mahu bekerjasama semula dengan GRS.
Malah, beliau sebelum ini mengumumkan kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah walaupun perkara itu belum diputuskan secara rasmi oleh kepemimpinan tertinggi kedua-dua gabungan, sebelum kemudiannya kerjasama itu dijelaskan secara rasmi menerusi kenyataan bersama pemimpin BN dan PH Pusat.
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?