UMNO tak berani tinggalkan DAP, kata Dr Mahathir

December 24, 2025 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sebenarnya tidak berani meninggalkan DAP walaupun lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap parti itu, kerana bimbang kedudukan pemimpin mereka terancam jika hilang kuasa dalam kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri itu, kenyataan UMNO yang kononnya mahu menilai semula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan hanyalah retorik politik dan tidak lebih daripada “sembang” semata-mata.

“Reaksi UMNO nampak macam marah kepada DAP, tapi hakikatnya mereka sedar kalau UMNO tak ada dalam kerajaan, pemimpin mereka akan berdepan dengan tindakan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir berkata, meskipun UMNO kelihatan keras terhadap DAP, realitinya parti itu tetap menjadi penyokong kuat kerana kebergantungan politik yang wujud.

“Kalau DAP tak ada, kerajaan jatuh. Bila kerajaan jatuh, UMNO pun jatuh juga. Jadi nak cakap boleh, nak buat tak berani,” katanya.

Beliau turut menyindir kepimpinan UMNO yang menurutnya hanya cuba mencipta drama politik tanpa tindakan sebenar.

“UMNO cuba nak ada ribut, tapi sebenarnya tak ada ribut. Akhirnya UMNO akan tunduk kepada DAP,” tambahnya.

Isu ini tercetus selepas Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, menyatakan sudah tiba masanya parti itu memperhalusi semula kerjasama dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan itu dibuat susulan reaksi terhadap kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin, yang didakwa keterlaluan berhubung nasib bekas Presiden UMNO, Najib Razak.

Asyraf menyifatkan kenyataan itu sebagai melampau dan tidak berperikemanusiaan.

“Jika tidak mampu menzahirkan simpati, jangan keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Namun, bagi Dr Mahathir, pendirian UMNO jelas tidak akan berubah.

“Hakikatnya UMNO sudah dikongkong dan dikuasai oleh DAP,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
5 jam lalu· Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
11 jam lalu· Politik
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
11 jam lalu· Isu semasa
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
14 jam lalu · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
14 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
April 29, 2026 · Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok