UMNO tak bergabung dengan DAP, Asyraf bengang pihak gelar ‘UMDAP’

June 22, 2025 · Politik

Tindakan memberi label “UMDAP” terhadap UMNO adalah cubaan untuk memburukkan imej parti itu dikalangan orang Melayu yang merupakan pengundi utama mereka, kata Asyraf Wajdi Dusuki.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata tidak adil apabila mereka sahaja dikecam dengan dikaitkan bersama DAP walhal terdapat parti komponen lain yang juga berada dalam pembentukan kerajaan perpaduan sebelum ini.

“Sekarang ini orang tidak bercakap soal UMDAP. Orang nampak ini hanya propaganda pembangkang. Yang mereka tahu UMNO kalau masih kekal dalam 18 parti bergabung (membentuk kerajaan). Kenapa difokuskan UMDAP sedangkan kita ada 16 parti lain bersama dengan kita.

“Propaganda itu mungkin relevan pada waktu Pilihan Raya Negeri (PRN) masa peringkat awal kita bergabung.

“Waktu itu tak sempat kita nak berikan penerangan pun. Tetapi sedikit demi sedikit kita tengok satu demi satu (pilihan raya) kita menang. UMDAP ini adalah isu metodologi kempen pembangkang pada setiap kempen,” katanya dipetik berkata semasa podcast ‘Borak Harini bertajuk: Adakah lagi UMNO Selepas PRU16?’

Asyraf juga menegaskan UMNO tidak pernah tunduk kepada DAP atau mengabaikan prinsip perjuangan mereka demi semata-mata kuasa hanya kerana berada dalam kerajaan sekarang.

“Ia (UMDAP) bukan konotasi positif pun (selepas UMNO-DAP jalin kerjasama). Ia tak wujud pun (gelaran sebegitu). Realitinya UMNO tidak pernah pun bergabung dengan DAP. UMNO tidak pernah angkat bendera DAP.

“UMNO tak pernah sembahyang depan pejabat DAP. UMNO tidak pernah mewajarkan apa-apa perjuangan DAP.

“Sebab itu, saya (minta) bagi satu contoh saja mana dasar Islam dan Bumiputera, Melayu dileburkan atau dicairkan kerana kita mengikut telunjuk DAP?.

“Saya sendiri boleh berikan 100 contoh apabila parti sebelah sana bersama dengan DAP… Satu persatu dasar lama ia berubah,” katanya lagi.

Untuk rekod, Asyraf juga setakat ini tidak pernah memenangi sebarang pilihan raya yang ditandinginya.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
9 jam lalu· Politik
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu· Isu semasa
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Hasil kerajaan dijangka cecah RM380.8 bilion pada 2027: MoF
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
14 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok