Usaha bawa pulang Jho Low perlu diteruskan untuk didakwa: AMK

July 20, 2025 · Politik

Kerajaan diharap meneruskan usaha membawa pulang ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low untuk dihadapkan ke muka pengadilan, gesa Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sayap pemuda PKR itu berkata Jho Low tidak boleh dibiarkan bebas walhal individu tersebut adalah watak penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah merugikan negara berbilion-bilion ringgit, dengan anggaran kerugian ditanggung kerajaan mencecah AS$18 bilion (lebih RM82 billion).

Menurutnya, ia adalah angka yang sangat besar dan memberikan impak langsung kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.

“Kecurangan ini juga telah mengakibatkan rakyat dan negara terpaksa menanggung beban kerugian sehingga ke hari ini.

“Kehadiran beliau di mahkamah adalah penting untuk melengkapkan proses keadilan dan mengembalikan aset negara yang telah dijarah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, beberapa media antarabangsa yang memetik dua wartawan penyiasat iaitu Bradley Hope dan Tom Wright mendakwa Jho Low kini tinggal di Shanghai, China menggunakan identiti palsu dengan nama ‘Constantinos Achilles Veis’ serta pasport Australia palsu.

Pendedahan itu dibuat dua wartawan berkenaan yang membongkar skandal kewangan 1MDB, Bradley Hope dan Tom Wright dalam episod khas Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright.

Sementara itu, mengulas pendedahan media antarabangsa terbabit, AMK menyifatkan perkara tersebut sekiranya benar, menimbulkan persoalan serius tentang keberkesanan usaha membawa Jho Low ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, tambahnya, adalah penting untuk semua pihak berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan sistem keadilan negara berkait kes tersebut.

Jelasnya, sebarang tuntutan yang dibuat haruslah berdasarkan kepada kerangka undang-undang sedia ada dan tidak boleh dilihat sebagai mencampuri proses undang-undang di bawah badan kehakiman.

Dalam masa sama, AMK menggesa kerajaan meningkatkan usaha kerjasama dengan Interpol dan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa lain bagi mengesan dan membawa pulang Jho Low dengan segera, tanpa sebarang kompromi.

Selain itu, katanya, semua pihak pihak terutama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan turut diseru untuk terus fokus kepada agenda reformasi institusi dan pengukuhan tadbir urus yang baik.

“Keutamaan kita adalah memastikan keadilan ditegakkan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Tambahnya, AMK akan terus memantau perkembangan kes Jho Low dan isu-isu berkaitan 1MDB dan akan terus mendukung segala usaha untuk membasmi amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bagi menjamin masa depan Malaysia yang lebih bersih dan bermaruah.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
18 jam lalu· Politik
PAS jangan sibuk isu Taiwan, bahas Tabung Haji dulu: AMK
August 22, 2026· Politik
AMK Perak mahu isu Jalur Gemilang ditangani tanpa dwistandard
August 20, 2026· Politik
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
August 19, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
16 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
18 jam lalu · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
22 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
22 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok