Veteran UMNO sokong Dr. Akmal, kritik tindakan DAP buat laporan polis

August 22, 2025 · Politik

eteran UMNO Malaysia menyatakan sokongan padu mereka kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Salleh, dan membidas tindakan pimpinan DAP yang mendesak sayap pemudanya (DAPSY) membuat laporan polis terhadapnya.

Pengerusi Veteran UMNO, Othman Desa, menyifatkan tindakan DAP itu sebagai keterlaluan dan tidak membantu semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau menegaskan tindakan seumpama ini boleh menjejaskan usaha membina hubungan saling menghormati antara parti-parti dalam kerajaan.

“Veteran UMNO berdiri teguh di belakang Dr. Muhammad Akmal, terutama dalam isu yang melibatkan maruah Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara,” jelas Othman dalam kenyataannya.

Beliau menekankan mana-mana pihak yang memperlekehkan atau cuai terhadap lambang negara seperti Jalur Gemilang tidak boleh dipandang ringan.

Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain, tetapi melambangkan kemerdekaan dan maruah negara.

Othman turut mengingatkan tentang peranan penting UMNO dalam membentuk Kerajaan Perpaduan dan menyeru Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar mengekalkan kestabilan politik sehingga akhir penggal.

Terkini, isu berkaitan kesalahan mengibarkan bendera kebangsaan secara terbalik telah menimbulkan reaksi meluas.

Dr. Akmal sendiri telah mengadakan himpunan bagi menyatakan pendiriannya dalam perkara ini.

Kejadian tersebut telah disiasat di bawah beberapa akta termasuk Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita berkaitan
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026· Politik
Isu ‘Alhamdulillah’: Menteri minta orang ramai rujuk pihak berkuasa agama
February 8, 2026· Isu semasa
Kemenangan 40 kerusi UMNO di Johor perlu dipertahankan: Mat Maslan
February 8, 2026· Politik
SD diguna untuk tukar kepimpinan, buka jalan kerajaan baharu dengan UMNO: Hanifah
February 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
3 jam lalu · Politik
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
6 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
8 jam lalu · Politik
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok