Zahid mahu selesai krisis Negeri Sembilan melalui rundingan politik

8 jam lalu · Politik

Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan kemelut politik di Negeri Sembilan akan diselesaikan melalui saluran politik, sambil menegaskan keutamaan kini ialah memastikan kestabilan kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.

Presiden UMNO itu berkata, semua pihak perlu mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri serta prosedur Dewan Undangan Negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Pada saya, perkara ini tidak semudah itu. Yang penting ialah kita ikut semua peraturan dan prosedur supaya kestabilan dapat dicapai,” katanya ketika dipetik laporan BH semasa majlis di Cyberjaya.

Menurut beliau, pendekatan politik adalah jalan terbaik tanpa mencampuri urusan pentadbiran atau adat negeri.

“Saya akan selesaikan kemelut ini melalui politik. Kita tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri atau adat Negeri Sembilan,” jelasnya.

Krisis ini tercetus selepas UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh 14 ADUN BN susulan isu berkaitan adat yang sedang diperdebatkan.

Bagaimanapun, Aminuddin menegaskan beliau akan terus mentadbir negeri dan telah mempersembahkan kedudukan sokongan semasa kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam pada itu, Zahid memaklumkan bakal bertemu dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bagi membincangkan kemelut berkenaan, namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai pertemuan tersebut.

Mengulas pandangan beberapa pemimpin parti yang menolak pembentukan kerajaan melalui cara tidak konvensional, Zahid menegaskan prinsip penyelesaian politik mesti dihormati.

“Masalah politik harus diselesaikan secara politik. Sebab itu perbincangan dengan Perdana Menteri penting,” katanya.

Berita berkaitan
PH tolak cubaan ambil alih kerajaan Negeri Sembilan
April 28, 2026· Politik
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan bertemu, cari jalan keluar krisis NS
3 jam lalu· Politik
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
4 jam lalu· Politik
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
April 28, 2026 · Politik
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
7 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan tak beri kesan kepada kerajaan pusat: Fahmi
7 jam lalu · Politik
Jalaluddin nafi berniat jadi Menteri Besar ganti Aminuddin
7 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: UMNO nafi ‘tebuk atap’, desak bubar DUN
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok