Zahid sindir Tun M: ‘Hilang deposit semuanya, baru cari jalan untuk penyatuan Melayu’

June 14, 2025 · Politik

UMNO memberi isyarat jelas tidak akan menyertai mana-mana gerakan yang menggunakan agenda penyatuan Melayu untuk kepentingan peribadi.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengulas secara tidak langsung berhubung satu gerakan yang dinamakan Sekretariat Orang Melayu yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap tak lebih sebagai satu gimik politik semata-mata.

“Jangan guna agenda penyatuan Melayu sebagai gimik politik, terutama selepas mengalami kegagalan dalam pilihan raya,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk Tahun 2025 di Bagan Datuk hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata UMNO tidak berhasrat untuk mempertikaikan mana-mana pihak yang ingin menubuhkan sekretariat untuk menyatukan parti Melayu, namun motif perjuangannya harus jelas dan bukan sekadar bertujuan dari segi politik semata-mata.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 juga berjaya mengumpulkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu ketika itu dan prinsip penyatuan Melayu secara keseluruhannya masih menjadi pegangan parti berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Pengerusi Sekretariat Orang Melayu dan saya berdoa mudah-mudahan beliau berjaya menyatukan parti-parti Melayu dan NGO-NGO Melayu demi kepentingan umat Melayu.

“Mari kita bergabung yang penting dari segi fikrah, pemikiran dan jiwa nurani, bukan ada tujuan yang sebaliknya … apabila partinya tidak ada seorang pemenang dalam pilihan raya yang lepas, apatah lagi hilang deposit semuanya, barulah mencari jalan untuk penyatuan Melayu,” katanya lagi.

Untuk rekod, Parti Pejuang yang diketuai Dr Mahathir sebelum ini menyaksikan semua calonnya yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu tewas terus sehingga hilang deposit, ia termasuk di kawasan Parlimen Langkawi ditandingi bekas perdana menteri itu.

Pada 4 Jun lepas, Dr Mahathir dilaporkan berkata satu gerakan yang dinamakan Sekretariat Orang Melayu dibentuk bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar.

Terdahulu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam ucapannya berkata UMNO tidak akan menerima sebarang bentuk sekretariat yang kononnya bertujuan menyatukan orang Melayu atas asas politik.

Sementara itu, beliau berkata setiap ahli terutama pemimpin UMNO perlu kembali mengukuhkan parti selain menyedari perjuangan yang ditempuh penuh dengan pelbagai ujian.

Beliau berkata segala peristiwa yang berlaku sebelum ini juga perlu dijadikan pengajaran bagi memastikan UMNO kembali mendapat tempat dalam hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

“Mana ada perjuangan yang tiada ujian? Seseorang yang berjaya menjadi pemimpin pasti diuji, kalau seseorang itu naik tanpa ujian dia akan pasti turun. Kita juga mesti berubah dan bina kekuatan baharu bagi memastikan kita kembali mendominasi PRU16,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
17 jam lalu· Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
18 jam lalu· Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
18 jam lalu· Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
15 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
15 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
18 jam lalu · Politik
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026 · Politik
FELDA rugi RM2.3 bilion, pelaburan di Indonesia semasa era BN 2016 dipersoal: Radzi Jidin
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok