Bekas Panglima Tentera Darat, Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan 11 pertuduhan melibatkan bekas Panglima Tentera Darat, Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya, Salwani Anuar dibicarakan secara bersama.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan tanpa sebarang bantahan daripada pihak pembelaan.
Mahkamah turut menetapkan 18 Mei depan sebagai tarikh sebutan kes bagi tujuan serahan dokumen.
Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat berkata, permohonan itu dibuat kerana kesemua pertuduhan melibatkan saksi dan fakta yang sama walaupun sebelum ini difailkan di beberapa mahkamah berbeza.
“Kes ini melibatkan saksi dan fakta yang sama, maka pihak pendakwaan memohon supaya ia dibicarakan bersama,” katanya ketika prosiding.
Menurutnya, kes melibatkan Muhammad Hafizuddeain sebelum ini didaftarkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur, manakala kes terhadap Salwani pula difailkan di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu.
Muhammad Hafizuddeain, 58, berdepan enam pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah hampir RM2.3 juta, selain dua lagi pertuduhan berjumlah RM145,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Februari 2024 hingga November 2025 melibatkan beberapa transaksi ke dalam akaun bank miliknya di sekitar Kuala Lumpur dan Ampang.
Sementara itu, Salwani, 27, pula berdepan lima pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM82,000, termasuk transaksi melalui akaun syarikat dan akaun peribadi antara 2024 hingga 2025 di Kuala Lumpur dan Terengganu.
Kedua-dua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikenakan.
Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai wang terlibat atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan