5 kes pecah amanah RM145.5 juta Pengarah Maju Holdings akan dibicara bersama: Laporan

November 3, 2025 · Isu semasa

Kes pecah amanah RM145.5 juta yang dihadapi Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Abu Sahid Mohamed di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pembinaan projek Lebuhraya MEX Il, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah memperoleh keizinan untuk memindahkan kes berkenaan.

“Pada 8 Sept lepas, tertuduh menghadapi empat pertuduhan pecah amanah di sini dan pada prosiding sebutan kes hari ini, pihak pendakwaan memohon satu kes pecah amanah dihadapi tertuduh pada 24 Sept di Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk digabungkan,” kata Ahmad Akram.

Peguam Jasbeer Singh yang mewakili Abu Sahid tidak membantah permohonan itu.

Pada prosiding hari ini, pertuduhan dibacakan semula kepada Abu Sahid dan telah mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya.

Mahkamah mengekalkan jumlah ikat jamin yang ditetapkan sebelum ini sebanyak RM1.5 juta dengan seorang penjamin serta menetapkan 8 Jan 2026 untuk sebutan semula kes.

Bagi lima pertuduhan pecah amanah itu, Abu Sahid didakwa sebagai pengarah syarikat Maju Holdings Sdn Bhd diamanahkan dengan penguasaan wang milik Maju Holdings dalam akaun bank, telah melakukan pecah amanah dengan secara tidak jujur menyalahgunakan wang berjumlah lebih RM458.5 juta di sebuah bank di Taman Tunku dan Taman Serdang Perdana, dekat Kuala Lumpur, antara 3 Mei 2016 hingga 21 Okt 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Abu Sahid juga didakwa atas 10 pertuduhan memindahkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah keseluruhan RM116,449,536.12 daripada akaun bank miliknya, kepada lima individu dan empat syarikat pembinaan.

Bagi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abu Sahid didakwa melupuskan hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah keseluruhan RM22,802,612.86 dengan membuat pengeluaran tunai melalui 15 keping cek daripada akaun miliknya di bank sama antara 4 Mei 2016 hingga 19 Sept 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah wang terlibat, jika sabit kesalahan. – Bernama

Berita berkaitan
Rosmah gagal gugurkan hakim kes solar, mahkamah tolak permohonan
7 jam lalu· Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
July 28, 2026· Isu semasa
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
July 28, 2026· Politik
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
5 jam lalu · Isu semasa
Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
6 jam lalu · Isu semasa
TH sudah laksana 75 peratus syor RCI, komited perkukuh tadbir urus
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok