Onn Hafiz Ghazi.
Onn Hafiz Ghazi menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat, sekali gus menafikan spekulasi yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Menteri Besar Johor itu berkata tumpuan kerajaan negeri ketika ini adalah kepada usaha berkhidmat untuk rakyat, bukannya persiapan pilihan raya negeri (PRN).
“Saya ingin mengumumkan bahawa DUN Johor tidak akan dibubarkan hari ini. Jadi semua boleh bertenang. Jangan risau soal PRN, sebaliknya teruskan kerja untuk rakyat dan Bangsa Johor,” katanya ketika sesi penggulungan sidang DUN di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri.
Menurut beliau, pelbagai program dan inisiatif masih perlu dilaksanakan, justeru isu pilihan raya tidak wajar menjadi keutamaan buat masa ini.
“Banyak lagi perkara yang perlu kita jayakan. Soal pilihan raya, kita ketepikan dahulu,” tambahnya.
Kenyataan itu dibuat susulan peningkatan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN Johor dalam masa terdekat.
Desas-desus tersebut dipercayai timbul ekoran suhu politik yang semakin meningkat, termasuk perubahan nada perbahasan dalam sidang dewan.
Onn Hafiz turut mengakui terdapat suasana berbeza dalam persidangan kali ini.
“Saya lihat ada kelainan dalam sesi perbahasan. Mungkin kerana suhu politik semakin meningkat. Ada yang beranggapan ini sidang terakhir sebelum PRN, siap ada yang bermaaf-maafan,” katanya.
Kebelakangan ini, beberapa pemimpin politik di Johor mula mengeluarkan kenyataan berkaitan kemungkinan PRN, malah ada parti yang telah mengenal pasti kerusi tumpuan masing-masing.
Perkembangan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pembubaran DUN mungkin berlaku lebih awal.
Untuk rekod, penggal pentadbiran kerajaan negeri Johor dijadual berakhir pada April 2027, menjadikan masih ada tempoh sebelum pilihan raya negeri perlu diadakan secara rasmi.
Bersatu pecat dua ADUN di Kedah, gantung tiga Ahli Parlimen
Polis siasat kandungan media sosial sentuh 3R berkait krisis Negeri Sembilan
Shamsul Iskandar rayu kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Bekas ADUN DAP cadang penternak babi Selangor cabar larangan di mahkamah
Rafizi selesai beri keterangan kepada SPRM
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan