PN Johor sasar tanding semua kerusi PRN, rundingan kerusi masih berjalan

June 2, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) mengesahkan rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini hampir selesai dengan kira-kira 80 peratus agihan telah dimuktamadkan.

Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata baki rundingan masih melibatkan beberapa kerusi yang dikaitkan dengan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) selain cadangan kerjasama pilihan raya bersama parti lain termasuk MUDA dan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).

Menurut beliau, PN tetap berhasrat bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

“Setakat ini pembahagian kerusi masih dalam perbincangan dan kira-kira 80 peratus telah selesai. Seperti dimaklumkan sebelum ini, PN akan bertanding di semua 56 kerusi,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau turut memaklumkan jentera pilihan raya PN sudah mula digerakkan membabitkan empat parti komponennya iaitu Bersatu, PAS, Gerakan dan MIPP sebagai persediaan menghadapi kempen pilihan raya yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Perkembangan itu hadir selepas Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor susulan mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Langkah tersebut sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri yang dijangka menjadi tumpuan politik nasional.

PRN Johor kali ini dilihat penting kerana ia bakal menguji kekuatan gabungan politik utama selepas beberapa perubahan landskap politik negara sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada PRN Johor 2022, Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar apabila memenangi majoriti dua pertiga DUN negeri itu.

Berita berkaitan
AMK yakin PH mampu beri saingan sengit di Johor
June 2, 2026· Politik
Tak bincang bubar DUN Negeri Sembilan, sekadar pertemuan biasa dengan Aminuddin
June 2, 2026· Politik
AMK cabar parti Rafizi masuk bertanding PRN Johor
June 2, 2026· Politik
Kerajaan Pulau Pinang tidak ikut bubar DUN buat PRN seperti Johor: Ketua Menteri
June 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Selepas DUN Johor dibubar, PAS cadang PRN Perlis diadakan sekali
2 jam lalu · Politik
Mesyuarat PH Negeri Sembilan cetus spekulasi DUN bakal dibubar seperti di Johor
2 jam lalu · Politik
PRN Johor tak gugat kedudukan Kerajaan Perpaduan: Khaled
3 jam lalu · Politik
SPR tunggu notis rasmi pembubaran DUN Johor sebelum umum tarikh PRN
18 jam lalu · Politik
Ketua UMNO Beruas nafi dakwaan tampar cucu Nik Aziz
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok