Perpecahan pembangkang kerana berebut kuasa, tiada kaitan dengan PMX: Kamil Munim

June 11, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan usaha pihak tertentu yang terus mengaitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan kemelut dalaman pembangkang sebagai tidak berasas dan sekadar cubaan mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar yang melanda Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, Mohd Kamil Munim berkata pelbagai gerakan politik yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan kerajaan dan mencetuskan ketidakstabilan bukan berpunca daripada Presiden PKR tersebut, sebaliknya didorong oleh pihak yang terlalu ghairah dengan percaturan kuasa.

“Orang lain yang rakus mencatur, bermain politik, mewujudkan ketidakstabilan, tikam-menikam, langkah Dubai, langkah Bangkok dan pelbagai langkah sumbang, akhirnya Anwar juga yang dipersalahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan pergolakan yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang, termasuk isu perebutan kerusi dan ketidaksefahaman antara parti dalam gabungan tersebut.

Menurut Mohd Kamil, kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin pembangkang sendiri menunjukkan krisis yang berlaku berpunca daripada masalah dalaman mereka.

“….pergolakan dalaman pembangkang yang berpunca daripada isu perebutan kerusi. Jadi kenapa Anwar pula yang perlu dipertanggungjawabkan?

“Krisis pembangkang berpunca daripada kelemahan kepimpinan PN sendiri. Tidak perlu mengaitkan orang lain yang tiada kena mengena,” katanya.

Beliau turut mendakwa kedua-dua gabungan politik pembangkang, iaitu PN dan Muafakat Nasional (MN), gagal menawarkan hala tuju yang meyakinkan kepada rakyat.

Menurutnya, gabungan tersebut tidak mempunyai pelan ekonomi yang jelas mahupun agenda pembangunan yang kukuh untuk negara.

“PN dan MN ternyata kedua-duanya adalah pakatan politik yang gagal. Tidak ada pelan ekonomi yang jelas dan tidak ada agenda pembangunan yang kukuh. Mereka hanya menunggang isu kaum dan agama dalam skop yang sempit,” katanya.

Mohd Kamil berkata, ketika pembangkang terus diselubungi polemik politik, kerajaan pimpinan Anwar memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi negara dan menarik pelaburan asing.

“Anwar baru pulang dari Tokyo semalam dan sedang sibuk mengurus negara bagi memastikan ekonomi terus kukuh serta berdaya tahan.

“Yang lain juga sibuk, tetapi sibuk dengan percaturan politik, tebuk kapal dan tebuk atap,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika hubungan antara beberapa parti pembangkang menjadi perhatian susulan pertikaian terbuka berhubung kerjasama politik serta pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Berita berkaitan
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
June 13, 2026· Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
June 13, 2026· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
1 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
1 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
2 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
2 jam lalu · Politik
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
14 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok