Fahmi melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seri Menanti hari ini.
Pakatan Harapan (PH) tidak mahu terlalu bergantung kepada kelemahan parti lawan sebagai sandaran untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, sebaliknya mahu memastikan gabungan itu memiliki kekuatan sendiri bagi meraih sokongan pengundi.
Pengarah Komunikasi dan Ketua Penerangan PH, Fahmi Fadzil berkata sebarang kelemahan yang berlaku dalam kalangan pihak pembangkang tidak boleh dijadikan alasan untuk jentera parti mengambil mudah persiapan menjelang pilihan raya.
Menurutnya, pimpinan PH telah mengingatkan seluruh jentera supaya terus memperkukuh kekuatan organisasi dan gerak kerja di peringkat akar umbi.
“Lemahnya musuh tidak bererti kuatnya kita. Sebab itu arahan daripada pimpinan adalah supaya jentera dan pasukan daripada kalangan Pakatan Harapan mesti kuat.
“Kita harus mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak berpaut kepada sama ada kelemahan musuh atau mana-mana pihak lain dalam menghadapi perjuangan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seri Menanti hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tahap keyakinan PH untuk menghadapi PRN di Johor dan Negeri Sembilan yang dijangka menjadi tumpuan politik negara dalam tempoh terdekat.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, PH akan terus berpegang kepada prinsip dan falsafah perjuangan gabungan itu sambil menilai perkembangan serta dinamika politik semasa.
“Semestinya kita perlu menilai dinamika politik dari semasa ke semasa, bagaimanapun asasnya masih Pakatan Harapan,” katanya.
Beliau turut menegaskan jentera parti dan pasukan penerangan perlu bergerak lebih pantas serta menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat memandangkan corak mendapatkan maklumat dalam kalangan pengundi kini semakin berubah.
Katanya, pengundi tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada media arus perdana kerana media sosial menjadi antara sumber utama untuk mendapatkan maklumat dan pandangan politik.
“Kita harus memahami bahawa pengundi bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat daripada media massa tetapi juga media sosial. Jadi, kita perlu mempunyai keupayaan untuk mendampingi pengundi yang memperoleh maklumat bukan hanya melalui pertemuan bersemuka,” katanya.
Mengulas kemungkinan peningkatan penyebaran berita palsu dan penggunaan logo parti palsu sepanjang tempoh kempen PRN, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi sedang bekerjasama dengan Majlis Media Malaysia bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih, khususnya di platform media sosial.
Beliau berkata usaha itu penting bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung dalam suasana yang lebih sihat dan pengundi dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.
PRN Johor dan Negeri Sembilan dijangka menjadi antara medan penting untuk mengukur kekuatan gabungan politik utama negara selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi