Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama

June 13, 2026 · Politik

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin DAP supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta sentiasa menghormati rakan kerjasama politik demi memastikan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan terus terpelihara.

Menurut beliau, setiap parti yang membentuk gabungan politik perlu memahami prinsip kebersamaan dan menjaga sensitiviti antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti.

“Mereka harus belajar untuk menghormati kawan-kawan. Jangan keluar perkataan-perkataan secara semberono.

“Saya tidak fikir mereka bersikap begitu dan mereka mesti menghormati prinsip-prinsip perkongsian di dalam politik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ilmuwan Asia Tenggara Ke-4 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong, yang mendakwa UMNO bersikap hipokrit dan angkuh susulan pendirian UMNO Johor yang dilaporkan mahu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tanpa kerjasama dengan DAP.

Kah Leong sebelum ini dilaporkan berkata, hasrat UMNO Johor itu bercanggah dengan realiti politik semasa memandangkan parti berkenaan masih merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan pemimpin parti komponen perlu menunjukkan kematangan dalam menyampaikan pandangan agar tidak menimbulkan salah faham atau perpecahan dalam kalangan rakan gabungan.

“Rakan kongsi politik harus jaga hati, yang penting jaga lidah supaya tidak keluar apa yang ada dalam hati.

“Biarlah yang ada dalam hati itu harimau, yang keluar itu hanya kambing. Itulah yang patut dipelajari oleh mereka,” katanya.

Hubungan antara UMNO dan DAP sering menjadi perhatian sejak kedua-dua parti bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.

Walaupun kerjasama tersebut berjaya membentuk kerajaan yang stabil, perbezaan pandangan dalam beberapa isu politik semasa kadangkala mencetuskan pertikaman lidah antara pemimpin kedua-dua parti.

Berita berkaitan
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
3 jam lalu· Politik
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
10 jam lalu· Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
13 jam lalu· Politik
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
8 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis
15 jam lalu · Politik
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
15 jam lalu · Politik
Aminuddin serah kepada rakyat nilai sikap BN
17 jam lalu · Politik
Jangan angkuh, UMNO perlu sedar kedudukan sendiri
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok