Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin.
Tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohd Zaid Ibrahim menyertai PAS tidak mengejutkan kerana sudah lama meninggalkan UMNO dan dilihat sedang mencari platform baharu untuk terus aktif dalam arena politik negara.
Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata penyertaan Mohd Zaid ke dalam PAS merupakan keputusan yang dijangka memandangkan bekas pemimpin UMNO Kelantan itu telah lama tidak bersama parti tersebut.
“Zaid Ibrahim dah keluar lama. Dia dah keluar lama. Jadi dia mencari-cari tempat teduh.
“Good luck (selamat maju jaya),” katanya ringkas ketika diminta mengulas pengumuman kemasukan Mohd Zaid bersama beberapa individu lain ke dalam PAS semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Rejimen Ke-4 Artileri Diraja di Kem Segamat hari ini.
Semalam, PAS mengumumkan penyertaan Mohd Zaid sebagai ahli parti itu dalam satu perkembangan yang menarik perhatian ramai memandangkan beliau pernah menjadi antara tokoh penting dalam UMNO sebelum meninggalkan parti berkenaan lebih sedekad lalu.
Mohd Zaid, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio undang-undang, sebelum ini dikenali sebagai tokoh yang lantang menyuarakan pandangan mengenai isu politik dan tadbir urus negara.
Selepas keluar daripada UMNO, beliau pernah terlibat dengan beberapa platform politik lain serta aktif mengulas perkembangan semasa menerusi media sosial dan penulisan.
Nie Ching tegur bahasa digunakan ketua pengarah JKOM baharu
Syam Ghaz akan ambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See
Nama parti Wawasan sudah ada di Sarawak, RoS digesa campur tangan
PN diresapi ‘sistem Mullah’, PAS buat keputusan bersendirian: Tun Faisal
Wong Chen belum buat keputusan tinggalkan PKR
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi