Nie Ching tegur bahasa digunakan ketua pengarah JKOM baharu

3 jam lalu · Politik

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menasihatkan semua pihak termasuk Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali supaya mengelakkan penggunaan bahasa yang tidak sopan ketika mengeluarkan kenyataan kepada umum.

Beliau berkata, amalan berkomunikasi secara berhemah perlu dipupuk oleh semua pihak, selain mengelakkan kenyataan yang menyentuh isu sensitif berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

“Saya rasa beliau memang baru dilantik, tetapi nasihat saya ialah janganlah guna bahasa yang tidak sopan dan kita perlu mengelakkan isu-isu 3R bukan sahaja semasa kempen, tetapi sepanjang masa.

“Saya percaya ini adalah satu amalan yang amat diperlukan dan digalakkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada program Balancing Virality and Responsibility: Journalism Amid Speed, Trust and Impact – An Industry Dialogue hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan yang dilemparkan terhadap Mohd Hisyamuddin, yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, susulan beberapa kenyataan dan hantaran media sosial yang mengundang kontroversi sejak memegang jawatan itu.

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata masih belum berkesempatan bertemu dengan Ketua Pengarah JKOM berkenaan sejak pelantikannya minggu lalu.

“Saya belum berjumpa dengan beliau. Saya juga tidak pasti sama ada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sudah bertemu dengannya atau tidak kerana cuti hujung minggu. Saya berada di Johor sepanjang hujung minggu lalu,” katanya.

Syam Ghaz yang dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM pada 8 Jun lalu menjadi perhatian selepas satu hantaran di media sosial pada Sabtu lalu dikritik oleh pelbagai pihak dan disifatkan sebagai berbaur perkauman.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kenyataan yang mengandungi frasa “Cina sesat” itu tidak ditujukan kepada masyarakat Cina secara keseluruhan, sebaliknya hanya merujuk kepada dua individu tertentu yang menjadi sasaran kritikannya.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik pada Ahad malam, beliau menjelaskan hantaran asal itu dibuat sebagai respons terhadap kenyataan bekas Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To, serta pendedah maklumat rasuah, Albert Tei.

“Saya menegaskan bahawa hantaran asal di laman Facebook saya hanya sebagai respons balas kepada Eric See-To dan Albert Tei semata-mata.

“Perkara ini terbukti jelas dalam hantaran itu yang secara terang-terangan menyebut nama Lim Sian See dan Albert Tei, tanpa membabitkan mana-mana pihak lain,” katanya.

Berita berkaitan
Syam Ghaz akan ambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See
17 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
June 13, 2026· Politik
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
June 13, 2026· Isu semasa
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
June 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zaid dahulu pernah cabar hukum hudud, Amanah persoal pendirian selepas masuk PAS
4 jam lalu · Politik
PAS didakwa menipu, Rosli bukan bekas pengerusi Amanah NS: Hasbie
17 jam lalu · Politik
PKR sahkan bertanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor
21 jam lalu · Politik
UMNO nafi dakwaan jadi punca kerajaan Negeri Sembilan tidak stabil: Asyraf Wajdi
21 jam lalu · Politik
Zaid ‘katak politik’, sertai PAS bukan kejutan: Khaled Nordin
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok