Calon MB selepas PRN Negeri Sembilan mungkin dikalangan wakil BN: Jalaluddin

July 18, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) belum menetapkan calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, sebaliknya keputusan itu hanya akan dibuat selepas gabungan tersebut berjaya membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, BN mempunyai beberapa pemimpin yang layak menggalas tanggungjawab itu dan tidak berdepan masalah mencari calon terbaik.

“Kita ada beberapa calon dan kita tidak kekurangan tokoh untuk menerajui kerajaan negeri.

“Tentunya apabila kita sudah mencapai kejayaan, kepimpinan Barisan Nasional akan menentukan siapakah yang layak dipilih sebagai Menteri Besar bagi mengetuai kerajaan negeri,” katanya selepas selesai proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan di Kuala Klawang pada Sabtu.

Mengulas kemungkinan nama calon Menteri Besar diumumkan sebelum hari pengundian, Jalaluddin menjelaskan perkara itu bukan di bawah bidang kuasanya.

“Itu akan diputuskan dan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional pada masa yang sesuai,” katanya.

PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan BN dan Perikatan Nasional (PN) menjalinkan kerjasama politik susulan penjajaran baharu yang dimeterai di peringkat negeri.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua gabungan bersetuju mengelakkan pertembungan sesama sendiri bagi memberi tumpuan kepada usaha memenangi PRN Negeri Sembilan.

Kerjasama tersebut turut menyaksikan pembahagian kerusi antara BN dan PN, dengan calon daripada kedua-dua gabungan bertanding menggunakan logo parti masing-masing di kawasan yang dipersetujui.

Bagaimanapun, soal calon Menteri Besar sekiranya BN-PN berjaya membentuk kerajaan negeri masih belum dimuktamadkan dan hanya akan diputuskan selepas keputusan PRN diumumkan.

Berita berkaitan
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
July 28, 2026· Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
7 jam lalu· Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
7 jam lalu· Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
4 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
5 jam lalu · Politik
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
8 jam lalu · Politik
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
8 jam lalu · Politik
Didakwa sering hilang di kawasan, calon BN Jeram Padang enggan berdebat dengan Manivannan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
3 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok