Belanjawan 2027: Pelajar Tingkatan Enam bakal terima elaun

20 jam lalu · Isu semasa

Pelajar Tingkatan Enam bakal menerima elaun menerusi peruntukan baharu yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2027 pada Oktober ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha kerajaan membantu pelajar prauniversiti serta memastikan kebajikan mereka terus diberi perhatian.

“Saya katakan, dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima ada elaun. Pelajar universiti juga ada elaun. Tetapi pelajar Tingkatan Enam, iaitu prauniversiti, tidak menerima elaun.

“Jadi, saya telah umumkan dalam Belanjawan kita pada Oktober ini, saya akan meluluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar Tingkatan Enam,” katanya ketika berucap pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun hari ini.

Anwar berkata, jumlah elaun itu masih belum ditetapkan dan akan mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan.

Menurut beliau, langkah itu selari dengan komitmen kerajaan memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, selain memastikan faktor sosioekonomi tidak menjadi penghalang kepada pelajar untuk meneruskan pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang turut hadir berkata, pengumuman itu menjadi perkembangan penting selepas isu pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam diperjuangkan sejak sekian lama.

Beliau berkata, cadangan berkenaan antara 12 resolusi yang dibangkitkan pelajar menerusi Kongres Prauniversiti Madani di Klang yang berlangsung pada Jumaat.

“Ini adalah berita yang ditunggu-tunggu. Saya fikir perjuangan untuk mendapatkan elaun ini telah kami kemukakan sejak awal saya menjadi Menteri Pendidikan dan alhamdulillah, untuk belanjawan kali ini, ia akan menjadi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas sesi berkenaan.

Fadhlina turut menghargai usaha pelajar Tingkatan Enam di seluruh negara yang konsisten membawa isu kebajikan mereka, termasuk tuntutan elaun, dari semasa ke semasa.

“Pagi tadi di kongres, antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai elaun dan petang ini, alhamdulillah Perdana Menteri mengumumkan ia akan menjadi kenyataan.

“Ini adalah antara reformasi penting dalam pendidikan khususnya untuk menjaga kebajikan dan memartabatkan pelajar prauniversiti KPM dengan memberikan elaun ini,” katanya.

Berita berkaitan
Siasatan Tabung Haji diteruskan, PMX mahu elak kerugian berulang
August 29, 2026· Politik
PM lulus RM4.6 juta naik taraf institusi Islam Pulau Pinang
August 29, 2026· Isu semasa
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
5 jam lalu· Politik
‘Maki saya pasal apa?’ Anwar nafi sokong judi, malah sudah dikurangkan
5 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi
August 29, 2026 · Isu semasa
Scam: Cinta TikTok berakhir dengan kerugian RM112,500
August 29, 2026 · Isu semasa
MetMalaysia ramal ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos: Bernama
20 jam lalu · Isu semasa
Dua rakyat Malaysia di Nepal berjaya dikesan, 55 lagi masih gagal dihubungi
20 jam lalu · Isu semasa
AUKU dimansuh, mahasiswa diberi ruang bersuara: Anwar
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok