Tunku Nashrul Abaidah.
PKR Kedah berpandangan tiada keperluan mendesak untuk Parlimen dibubarkan ketika Kerajaan MADANI masih berfungsi dan pentadbiran negara berada dalam keadaan stabil.
Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, gesaan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal tidak mempunyai asas yang kukuh, selain dilihat lebih menjurus kepada kepentingan politik.
Menurutnya, UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan mempunyai wakil dalam Jemaah Menteri, justeru setiap parti dalam kerajaan perlu berkongsi tanggungjawab terhadap keputusan pentadbiran.
“Kerajaan MADANI hari ini masih berfungsi dengan baik dan stabil, malah UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan serta mempunyai wakil dalam Jemaah Menteri.
“Jika UMNO turut bersama-sama mentadbir kerajaan, mereka juga perlu memahami prinsip tanggungjawab kolektif terhadap keputusan dan perjalanan pentadbiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tunku Nashrul turut mempersoalkan gesaan UMNO Kedah itu susulan pendirian Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan parti itu akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.
Katanya, Perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai selepas PRU-15 turut menjadi asas kepada kerjasama politik sepanjang tempoh Parlimen ke-15.
“UMNO Kedah perlu menjelaskan sama ada mereka masih menghormati pendirian Presiden dan komitmen parti sendiri, atau mahu kestabilan negara dikorbankan semata-mata kerana percaturan politik,” katanya.
Beliau berkata, penyertaan dalam kerajaan bukan sekadar berkaitan kedudukan atau kuasa, sebaliknya turut membawa tanggungjawab kepada rakyat dan negara.
Dalam keadaan rakyat berdepan isu ekonomi dan kos sara hidup, Tunku Nashrul berkata tumpuan kerajaan sepatutnya diberikan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dan memastikan pentadbiran terus berjalan lancar.
“Ketika ini rakyat mahu kerajaan menumpukan usaha kepada ekonomi, kos sara hidup dan kesejahteraan mereka. Ini bukan masanya untuk bermain politik atau mencetuskan ketidaktentuan yang tidak perlu,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menyarankan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat menentukan sendiri kerajaan yang mereka mahukan.
PKR Kedah bagaimanapun menegaskan tiada keperluan mendesak untuk pilihan raya umum diadakan sebelum tamat penggal semasa.
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum