Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
PAS terbuka untuk menggunakan logo Barisan Nasional (BN) sekiranya kerjasama antara kedua-dua gabungan itu dimeterai bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu masih dalam rundingan dan keputusan penggunaan logo akan bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.
Menurutnya, PAS boleh menggunakan logo sendiri atau logo BN sekiranya itu menjadi sebahagian daripada formula kerjasama yang dipersetujui.
“Penggunaan logo masih dalam perbincangan. Kita akan setuju,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila hari ini.
Abdul Hadi berkata, rundingan antara PAS dan BN masih berjalan dengan keutamaan parti untuk memastikan kepemimpinan Melayu dan Islam terus diberi perhatian di Melaka.
Beliau turut mendakwa menerima maklum balas positif daripada sebahagian besar kepemimpinan BN berhubung kemungkinan kerjasama dengan PAS pada PRN Melaka.
“Keutamaan kita ialah kepemimpinan Melayu dan Islam di Melaka,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi ketika ditanya kemungkinan BN memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), berkata perkara itu terpulang kepada BN.
Bagaimanapun, beliau menegaskan PAS akan berusaha untuk memastikan PH tidak memenangi pilihan raya negeri berkenaan.
“Kita tetap usahakan supaya PH kalah di Melaka,” katanya.
Mengenai pembahagian kerusi pula, Abdul Hadi berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan dan akan dibincangkan dalam rundingan seterusnya.
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum