AMK: PAS mungkin perlu lepaskan Wawasan demi bersama UMNO?

October 3, 2026 · Politik

PAS dilihat perlu membuat satu lagi ‘korban’ politik jika mahu meneruskan usaha menjalin kerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, perkara yang mungkin perlu dikorbankan PAS ialah kerjasama dengan Wawasan, terutama dalam isu pembahagian kerusi yang masih menjadi antara cabaran utama rundingan antara PAS dan UMNO.

Menurutnya, dilema PAS ketika ini adalah sama ada parti itu sanggup mengenepikan Wawasan demi membuka ruang kepada kerjasama dengan UMNO.

“Dilema PAS pada ketika ini ialah apakah PAS sanggup untuk mengenepikan Wawasan sekiranya mahu meneruskan hasrat kerjasama dengan UMNO.

“Kami mendapat maklumat UMNO mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi Bersatu, yang kebanyakannya sudah menyertai Wawasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tuntutan berkenaan berpotensi menambah tekanan kepada PAS yang sebelum ini sudah berdepan perubahan hubungan dengan Bersatu dalam usaha membentuk kerjasama politik baharu.

Muhammad Iman turut merujuk perkembangan membabitkan Perikatan Nasional (PN) selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap gabungan berkenaan.

Sebelum ini, Rafizi Ramli mendakwa tindakan ROS terhadap PN bukan sekadar memberi kesan kepada PAS atau Barisan Nasional (BN), sebaliknya turut memberi tekanan kepada Wawasan yang dikatakan bergantung kepada jentera PN.

Mengulas lanjut, Muhammad Iman berkata PAS kini berdepan lebih banyak pertimbangan politik selepas hubungan dengan Bersatu menjadi semakin renggang, terutama jika parti itu mahu memenuhi tuntutan UMNO.

“Sudahlah UMNO mahu jawatan Perdana Menteri dan bertanding di lebih banyak kerusi berbanding PAS, kini UMNO juga mahu PAS korbankan Wawasan sekiranya mahu adakan kerjasama PRU16,” katanya.

Isu pembahagian kerusi dijangka menjadi antara perkara paling mencabar dalam sebarang rundingan politik menjelang PRU-16, khususnya membabitkan parti yang mempunyai kawasan tradisi dan jentera masing-masing.

Sehingga kini, hala tuju kerjasama antara UMNO dan PAS bagi menghadapi PRU-16 masih menjadi perhatian, dengan soal agihan kerusi, kepimpinan serta kedudukan parti-parti lain dalam gabungan politik menjadi antara perkara utama yang perlu diselesaikan.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
1 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
1 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
2 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
7 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
11 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok