Lantik MB baharu jika kemelut Negeri Sembilan berlarutan: Peguam

October 21, 2026 · Politik

Pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan baharu boleh dipertimbangkan sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan kemelut antara kerajaan negeri dengan institusi diraja yang masih berlarutan sejak April lalu.

Peguam, Liyana Marzuki, berkata Barisan Nasional (BN) perlu mempertimbangkan calon lain sekiranya pertukaran Menteri Besar mampu meredakan ketegangan dan memulihkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, mandat rakyat yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu perlu menjadi asas kepada usaha mencari penyelesaian demi memastikan pentadbiran negeri terus berjalan lancar.

“Jika hubungan antara Menteri Besar dengan institusi diraja sudah tidak mempunyai keserasian, kita berharap BN dapat mempertimbangkan calon lain.

“Tidak semestinya hanya seorang individu yang boleh menjadi Menteri Besar kerana mungkin ada calon lain yang dapat membantu meredakan keadaan,” katanya selepas menjadi ahli panel forum Program Dialog Ummah 2.0: Memperkukuh Institusi Diraja, Mensejahterakan Ummah, hari ini.

Liyana berpandangan kemelut berkenaan tidak lagi boleh diselesaikan melalui pendekatan dalaman berasaskan adat semata-mata apabila pertikaian itu turut membabitkan mahkamah, Kerajaan Persekutuan dan pihak politik.

Justeru, beliau menegaskan semua pihak perlu menghormati bidang kuasa institusi berkaitan serta menggunakan saluran yang sah, sama ada melalui adat mahupun proses perundangan.

“Jika melalui saluran undang-undang, mahkamah ialah pihak yang berkenaan. Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Jika prosiding mahkamah mengambil masa terlalu lama, saya berpandangan kes ini wajar dipercepatkan kerana ia membabitkan kepentingan awam,” katanya.

Beliau turut mengingatkan perselisihan antara pemimpin politik dengan institusi diraja tidak seharusnya menyebabkan kebajikan rakyat dan kestabilan negeri terabai.

Katanya, kebuntuan berpanjangan boleh menjejaskan kelangsungan pentadbiran, terutama apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum bersidang selepas PRN pada Ogos lalu.

Keadaan itu juga menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan kemelut berkenaan berlarutan sehingga membuka ruang kepada pilihan raya negeri semula.

Mengulas kemungkinan penyelesaian dicapai sebelum tamat tempoh Februari 2027, Liyana berkata semua pihak perlu mengutamakan kepentingan negeri berbanding perbezaan masing-masing.

Antara jalan keluar yang boleh dipertimbangkan, katanya, ialah Menteri Besar, Ismail Lasim, menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bagi mempersembahkan senarai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) baharu untuk mendapatkan perkenan baginda.

Kemelut berkenaan kini memasuki fasa penting apabila tempoh yang diperuntukkan semakin suntuk, sekali gus meningkatkan keperluan untuk penyelesaian segera demi memastikan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat terus terpelihara.

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026· Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026· Politik
MCMC siasat akaun FB Chegubard hina institusi diraja, telefon bimbit dirampas
October 21, 2026· Isu semasa
Kemelut N9: Ismail Lasim berdepan tindakan hina mahkamah
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
9 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
10 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok