Pemimpin PKR Johor lapor polis terhadap MP PAS berhubung isu karikatur

August 1, 2025 · Politik

Laporan polis dibuat terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari oleh pemimpin akar umbi PKR di Johor ekoran isu karikatur mempersenda Anwar Ibrahim dalam rundingan damai antara Thailand-Kemboja baru-baru ini.

Dalam kenyataan bersama, Ketua-Ketua cabang PKR Johor menyifatkan kenyataan Fadhli yang juga Ketua Penerangan PAS sebagai tidak matang dalam berpolitik dan memburukkan imej negara.

“Ia juga merupakan satu penghinaan terhadap institusi tertinggi negara dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran.

“Berikutan itu satu laporan polis oleh Ketua-ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor dibuat agar siasatan segera dijalankan di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.

“Ini termasuk Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan gangguan awam serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama-sama itu melibatkan ketua-ketua cabang iaitu Mohd Fakharuddin Moslim (Tenggara), Md Ysahrudin (Bakri), Abdul Saad Salleh (Sri Gading), Khairil Adanan (Mersing), Arthur Chiong Sen Sern (Kulai), Mohd Shahrun Radzi (Sembrong), Rosman Tahir (Ayer Hitam), Roselin Nona (Muar), Haniff Hosman (Pontian), Sayful Ariffin Abdul Karim (Tanjung Piai), Ibrahim Mohd Nor (Kota Tinggi) dan Ravi Sankar (Labis),

Ini termasuk Hishamuddin Misrin (Parit Sulong), Murad Jailani (Pasir Gudang), Kalytas Chandrahasan(Kluang), Subramani Chami (Pagoh), Dr Mazlee Malik (Simpang Renggam), Shamala Sham (Iskandar Puteri), Shamala Vasudevan (Segamat), Prakash Maniam (Tebrau), Faezuddin Puad (Pulai) dan Pang See Keong (Sekijang).

Mereka menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk kenyataan berbaur penghinaan, provokasi dan fitnah, lebih-lebih lagi apabila datang daripada seorang ahli Parlimen.

Pihaknya juga menyeru rakyat agar menolak politik kebencian dan penghinaan yang tidak membawa sebarang nilai tambah kepada kemajuan negara.

PKR dan seluruh kepimpinan di Johor katanya, akan terus mempertahankan maruah Perdana Menteri dan menjunjung tinggi prinsip kesopanan serta kesusilaan dalam budaya politik tanah air.

“Politik matang, beradab dan berprinsip adalah jalan ke hadapan bagi Malaysia yang lebih maju dan bersatu,” ujarnya.

Terdahulu Fadhli menerusi Facebook miliknya memuat naik gambaran tiga watak binatang iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang sementara monyet sebagai hakim dalam media sosialnya.

Dalam hantaran tersebut, beliau menyatakan bahawa kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang serta turut meletakkan artikel berhubung pergolakan Thailand-Kemboja di sebelah gambar berkenaan.

Isnin lalu, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat hasil usaha Malaysia dan Anwar yang menjadi orang tengah dalam isu tersebut.

Menurut kenyataan bersama Malaysia, Thailand dan Kemboja, ini merupakan langkah penting untuk mengurangkan ketegangan dan mengembalikan kemanan dan keselamatan kedua-dua belah pilhak.

Berita berkaitan
Nurul Izzah dicadang bertanding di Parlimen Batu
April 19, 2026· Politik
Amirudin tekad pertahan kerusi Parlimen Gombak
April 19, 2026· Politik
Jangan leka dengan kuasa, kekalkan semangat reformasi: Fahmi
April 19, 2026· Politik
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
17 jam lalu · Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
20 jam lalu · Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
20 jam lalu · Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
20 jam lalu · Politik
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok