Rafizi tegur Fadhlina: “Tak boleh jegil mata kalau ada orang tanya”

August 16, 2025 · Politik

Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli mengkritik sikap defensif Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam menangani isu buli di sekolah, termasuk ketika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet.

Rafizi membangkitkan sikap Fadhlina yang dilihat tidak profesional dalam menangani isu-isu melibatkan kementeriannya, malah sering emosional apabila menjawab soalan yang diajukan terhadapnya.

“Jadi kalau ada orang tanya sikit, dia jegil mata… Jangan kacau kami… Tak boleh macam itu.

“Ada beberapa kementerian yang operasinya melibatkan nyawa, melibatkan semua orang setiap hari seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan yang ini barisan depan dengan rakyat ini kompleksiti memang lebih kompleks daripada kementerian yang lain,” katanya semasa program audio ‘Yang Berhenti Menteri’ malam tadi.

Rafizi juga berkata sudah berkali-kali membawa isu buli dalam mesyuarat kabinet sejak 2023 lagi, namun mendapati respons Fadhlina tidak memuaskan.

“Saya sudah berulang kali mengingatkan agar tidak memandang ringan isu buli di sekolah. Dari tahun 2023 dan 2024, saya tekankan perkara ini, tetapi jawapan Fadhlina selalu sama – kononnya semua sudah baik, semua mekanisme sudah ada,” katanya lagi.

Beliau berkongsi pengalaman peribadi apabila anaknya yang kini berusia 13 tahun pernah menjadi mangsa buli di sekolah, manakala isterinya juga melalui pengalaman sama ketika di sekolah berasrama penuh dahulu.

Rafizi mendedahkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri menunjukkan keprihatinan terhadap isu ini dalam mesyuarat kabinet dan bersependapat dengannya.

“Anak kami adalah anak orang berprofil tinggi dan menjadi sasaran komen negatif. Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah buli di sekolah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Rafizi turut mengkritik tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang dianggap membuli seorang peniaga kedai perkakasan di Kepala Batas baru-baru ini.

“Jika nampak Jalur Gemilang dipasang salah, tegur dan betulkan. Jangan dirakam dan disebarkan untuk menakut-nakutkan peniaga. Sampai bila Dr Akmal nak buat aksi seperti ini?” soal Rafizi.

Beliau menegaskan pendekatan membuli dan menakut-nakutkan orang awam bukan cara menyelesaikan masalah.

Berita berkaitan
Jangan nafikan pemimpin Melayu-Islam dalam PH: Fahmi
July 21, 2026· Politik
Anwar mahu pemegang jawatan kerajaan kekal berdisiplin ketika berkempen
July 19, 2026· Politik
Pemuda PH persoal hala tuju menteri BN susulan kerjasama dengan PN
July 19, 2026· Politik
KJ ibarat ‘ular salin kulit’, pendirian boleh selalu berubah-ubah: AMK
July 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Demokrasi tidak patut dibina atas ketakutan, semai perpecahan demi undi
2 jam lalu · Politik
Rekod 8 tahun kerajaan PH: Islam terus diperkasa di Negeri Sembilan, fakta vs mitos
2 jam lalu · Politik
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
12 jam lalu · Politik
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
12 jam lalu · Politik
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
8 jam lalu
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok