Dua bekas anggota ESSCOM dan isteri fail saman tuntut RM90 juta ganti rugi

September 4, 2025 · Isu semasa

Dua bekas anggota Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan seorang isteri memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM90 juta terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara (AGC), Kerajaan Malaysia dan sembilan defendan lain.

Tiga plaintif tersebut ialah Sarjan Khairul Azman Bakar, Inspektor John Kennedy Anak Sanggah dan isterinya Vivien Fabian.

Mereka memfailkan saman melalui firma guaman Chang & Kamarudin di Mahkamah Tinggi Tawau.

Menerusi pernyataan tuntutan terbabit, pihak plaintif mendakwa menjadi mangsa penderaan, ugutan, penyalahgunaan kuasa serta pendakwaan berniat jahat yang mencabul hak perlembagaan mereka.

“Dakwaan itu turut merangkumi penahanan tanpa alasan sah, siasatan salah, penahanan reman tidak berasas dan kerugian besar termasuk trauma emosi, tekanan fizikal serta kerosakan reputasi.

“Selain ganti rugi khas dan am, plaintif juga menuntut mahkamah mengarahkan semua defendan mengeluarkan notis permohonan maaf rasmi dalam laman web, media sosial dan akhbar arus perdana selama tiga hari berturut-turut, selain membayar pampasan kerana kecuaian serius serta penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Antara defendan yang dinamakan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, bekas Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Tawau, Timbalan Pendakwa Raya serta beberapa pegawai polis kanan yang lain.

Menurut saman yang difailkan, plaintif mendakwa menjadi mangsa tangkapan salah, penderaan fizikal dan mental, serta tuduhan palsu membunuh.

Mereka mendakwa mengalami penderaan, ugutan, penyalahgunaan kuasa dan pendakwaan berniat jahat yang mencabuli hak perlembagaan mereka.

Tuntutan mereka merangkumi ganti rugi khas dan am untuk trauma emosi, tekanan fizikal serta kerosakan reputasi.

Mereka juga memohon mahkamah mengarahkan semua defendan mengeluarkan notis permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan akhbar arus perdana selama tiga hari berturut-turut.

Peguam plaintif, Kamarudin Mohd Chinki, mengesahkan bahawa dua writ saman telah difailkan secara berasingan pada 30 Jun dan 4 Julai lalu.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 11 September ini untuk ‘e-review’ sementara menunggu penyampaian saman kepada semua defendan.

Kes ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Tawau pada 25 Januari 2024 yang melepas dan membebaskan lapan tertuduh, termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, daripada dakwaan membunuh seorang pemandu e-hailing.

Berita berkaitan
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
16 jam lalu· Isu semasa
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
12 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok