Dakwaan skandal ADUN Melaka dengan isteri orang, Akmal gesa kemuka bukti

November 11, 2025 · Politik

Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak yang mendakwa kononnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Melaka mempunyai skandal dengan isteri orang agar tampil mengemukakan bukti.

Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati bersalah sekiranya wujudnya bukti yang konkrit.

“Bagi saya, kalau ada bukti, kemukakanlah. Jangan sekadar cakap kosong. Hari ini dunia tanpa sempadan, jadi kalau betul ada bukti, tunjukkan,” katanya dipetik laporan media.

Beliau mengulas hantaran terkini blogger dan aktivis, Zaharin Mohd Yasin di Facebook yang mendakwa seorang ADUN UMNO Melaka terlibat dalam skandal dengan isteri orang.

Akmal yang ditemui pada Program Pemindahan Teknologi dan Pengurusan Tanaman Nanas Negeri Melaka Tahun 2025 mengingatkan fitnah seumpama ini bukan sahaja mencemar nama individu, malah turut menjejaskan imej parti serta kerajaan negeri.

“Kita tidak melindungi mana-mana orang yang salah, tapi jangan sampai buat fitnah untuk menjatuhkan orang,” tegasnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan waktu kemunculan tuduhan tersebut yang didakwa berlegar sekitar musim politik.

“Jangan pula sebab dah dekat pilihan raya, sibuk keluarkan macam-macam tuduhan,” ujarnya lagi.

Akmal juga memberi contoh kes melibatkan seorang pemimpin pemuda UMNO yang direhatkan daripada jawatannya kerana isu peribadi baru-baru ini.

“Contohnya, kes Exco Pemuda UMNO yang ada salah laku, saya rehatkan, biar dia selesaikan dengan cara baik,” katanya.

“Kerajaan negeri tetap komited untuk terus bergerak ke hadapan. Tapi kalau sekadar cakap-cakap, semua orang boleh bercakap. Kita tak takut. Kalau betul ada bukti, kemukakan,” tambahnya lagi.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
8 jam lalu· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
8 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026 · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026 · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026 · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok