Amirudin akui kemuka cadangan kepada Nurul Izzah gantinya jadi MB Selangor

November 21, 2025 · Politik

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, secara terbuka mengakui telah mencadangkan nama Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam wawancara ‘Keluar Sekejap’, Amirudin mendedahkan membuat cadangan itu kepada Nurul Izzah secara peribadi untuk menggantikannya, namun menegaskan terpulang kepada Timbalan Presiden PKR itu untuk membuat pertimbangan sewajarnya.

“Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik untuk letakkan Puan Nurul Izzah supaya tidak ada persepsi ataupun stigma berkenaan dengan nepotisme dan sebagainya,” kata jelas Amirudin.

“Secara jujurnya, saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri, terpulang kepada beliau untuk ambil cadangan itu atau tidak,” tambahnya lagi.

Amirudin memberi jawapan itu kepada pertanyaan pengacara, Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan kemungkinan Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menyatakan kesediaannya untuk beralih ke peringkat politik nasional sekiranya diberikan peluang selepas ini.

“Kalau tanya saya adakah sudah bersedia? Ya saya sudah mempertimbangkan untuk ke Persekutuan,” katanya lagi.

Pendedahan ini dijangka menambah dimensi baharu dalam percaturan politik negeri Selangor, sambil mengetengahkan perbincangan mengenai masa depan kepimpinan negeri tersebut.

Terdahulu tular spekulasi dibuat berhubung Amirudin bakal dilantik dalam barisan Kabinet susulan terdapat kekosongan beberapa jawatan menteri dalam kerajaan ketika ini.

Berita berkaitan
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
17 jam lalu· Isu semasa
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026· Politik
PKR nafi kaitan dengan isu PN, desak Mukhriz mohon maaf
October 20, 2026· Politik
AMK: PAS utamakan UMNO demi kuasa, ketepikan rakan sendiri
October 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
7 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
7 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok